October 28, 2023

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya.

Bercekau & ketawa dah jadi kenangan.

Dia lah idola.

Abg borek adik rintik.



October 27, 2023

27 Oktober 2023

Muncul kembali. Semakin matang, insyallah.

Post terakhir, hampir empat tahun lepas. 

Apa lah kabarnya yer? Baik baik saja

Dah tak keluar bekerja. Rehat. 

Berbakti pada suami.

Dunia semakin mengecil untuk mengurangkan unsur-unsur negatif dalam hidup.

Semakin menua, nak hidup tenang-tenang saja. 

Nak hidup ringkas. 

Mak & abang dah kat alam lain..


Berpisah sekejap. 

Hidup semakin sendirian kat alam dunia.

Baki masa yang ada ni.. untuk kumpul pahala sebanyak yang boleh.

Banyak dah koleksi dosa masa muda-muda tu hari.


November 1, 2019

Mak Ayah

Jika kita diduga masalah, cuba imbas semula kesalahan yang kita buat kat orang tua. Kadang-kadang bila mereka berkecil hati, maka terdetik doa yang boleh meragut kegembiraan hidup sehingga kita mohon ampun dari mereka. Kita masih ego? Berterusanlah gelapnya hidup kita. Tak susah pon. Biarpun mereka enggan terima, lama kelamaan akan terima juga jika tidak berputus asa. Yang penting, usaha.


August 9, 2019

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian.
Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill.
Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu hari raya korban. Nak siapkan tempahan uncang. Nak buat persiapan untuk minggu depan. Layan dan buat dengan tenang yer Kiahhh. 
Minggu depan Kiah pun sibuk juga. Tiba2 Kiah yer. Mujur kelima-lima tempat hantaran Deko dah siap. Selasa hari tunang. Cuti tahun Kiah dah abis. Oleh sebab Kiah tak nak potong gaji bulan ni, Kiah tukar cuti hari Isnin kepada hari Selasa. Bos2 Kiah dah luluskan. Alhamdulilah. Jadiler. 


Tempat hantara Deko

July 31, 2019

Yakin diri

Ini janji Allah..





Sedekah amalan penyucian yang kadang-kadang saya ragukan.
Benar, ganjaran sedekah tak semistinya Allah ganti dengan wang. 

Selawat dan zikir juga memberi keajaiban dalam hidup.
Saya yang lemah ini adakalanya rasa berat tapi ia memberi suatu nikmat yang luar biasa bila ia jadi kebiasaan.

July 18, 2019

18 Julai 2019

Dalam apa pun hubungan kita perlu ikhlas, jujur dan tak letak harapan yang tinggi agar suatu masa nanti kita tak terlalu kecewa.

Pulau Carey, 13 Julai 2019

July 17, 2019

Kerja paling susah

Kerja ofis yang paling susah ialah bila bos ada kat ofis sepanjang hari dan kita tak ada kerja nak buat ✌

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...