August 23, 2014

Kerja-ya 4: Cabaran dan Latihan Kesabaran

Hari ni ramai yang cuti tapi saya kerja. Cam mana la boleh kerja. Alang alang separuh hari, kasi je la cuti...  hehh. Rasa bahagia juga. Jalan lenggang dan buat kerja pun tak ikut protokol sangat. Santai santai jer. 


Siper Jepang je. Santai sangat tuuu..

Hari ni saya lewat sampai . Macam biasa. Laling saya malas nak hantar sampai ofis sebab kerja banyak katanyer. Ada sikit merajuk di situ. Hehheh. Hati ni pujuk, kena la faham. Kalau dia tak ada job, saya gak yang bising bising. Alhamdulilah, rezeki.



Suatu perkara yang paling malas dalam buat kerja ni ialah print drawing guna recycle paper. Salah satu Ujian Kesabaran. Macam pagi ni. Leceh sebab kena masukkan kertas recycle dalam plotter satu per satu. Antara cabaran yang biasa ialah gagal loading kertas, kertas tersangkut dalam plotter. Kenalah ulang proses sampai loading berjaya. Nampak ringkas tapi kenyataannya ia adalah rumit. Kalau 10 keping ke bawah kira boleh lagi. Kali ni saya dapat drawing tender. Ianya berpuluh-puluh keping. Nangessss!
Saya aplikasikan task ni dalam kehidupan sebagai ujian dan latihan kesabaran diri sendiri. Kalau saya berjaya plot berpuluh-puluh keping lukisan, bermakna saya berjaya melayan kerenah plotter yang agak sensitif pada kertas dan pengendaliannya. Seterusnya saya lulus ujian kesabaran.

Bila mesin jadi bos!.....

Anda Gagal! Sila cuba lagi

Anda Gagal! Sila cuba lagi

Anda Gagal! Sila cuba lagi

Yayyyyy! 


No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...