February 23, 2011

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat (Ustazah Siti Nor Bahiyah)

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.


Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.


Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.


Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.  Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.  Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.  Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.  Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.  Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
Surah-surah amalan
Surah al-Fatihah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
SurahYusuf memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
Surah Hujurat memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah Taubah membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Surah an-Nahl melahirkan anak yang berdisiplin
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
  
sumber: http://nuriman.wordpress.com

February 16, 2011

cerita 22...

As Salam...

Semalam sambutan Maulidur Rasul. Cuti keje sehari. Macam biasa, tak kemana-mana. Rehat kat umah. Kemas bilik yang dah seminggu terbiar berabuk. Almari baju pun dikemas kini sebab dah sakit mata tengok buat sekian lamanya.
Kesempatan cuti ni, aku selesaikan sesi fotografi uncang. Lokasi.. Lake View dan tepi jalan perumahan BTHO. Aku tak puas ati sangat gambar-gambar kat luar. Jadi aku amik post yang cantik kat bilik. Kira ok gak la. Tang edit dah serah kat abg. Sekarang tunggu siap edit  dan pas tu masuk dalam blog.

February 11, 2011

Face Cleansing

Tip 1:

Take a thick slice of cucumber. Don't peel the slice, rub in a circular motion all over the face and neck areas. Wash after 15 minutes
(Cucumber: A very good and effective cooling tonic for the skin. Whitens the tone of a skin and also good as it tightens pores)


Tip 2:

Halve a tomato, gently rub over face and neck and wash after 15 minutes
(Tomato:Acidic. They have a high content of Potassium and Vitamin C. The pulp and juice tone and lighten the skin)


Lain-lain petua : http://cozyeslife.blogspot.com

February 10, 2011

Renungan Hidup...

Kebanyakan orang tidak senang dengan apa yang kita ada dan selalu bersangka tidak baik. Mereka juga tidak akan berhenti menjatuhkan kita. Mereka berusaha 'membunuh' kita walaupun kebenaran dan kebaikan itu sah milik kita. Adalah lebih baik sedikit demi sedikit kita lenyapkan diri dari mereka supaya kita 'hilang' dari mereka tanpa disedari. Kita hanya perlu bersabar kerana sabar itu besar nikmat dan ganjarannya. Alhamdulilah, Allah memberi peluang untuk aku hidup dimuka bumiNya & menggunakan hidup ini. Semua yang aku ada adalah milikNya. Terima kasih Allah. Terima kasih Mak, Ayah dan Sayang kerana amat memahami, banyak menyokong dan membantu.

February 9, 2011

cerita 21...

As Salam..

Alhamdulilah, aku dah daftar pernigaan dengan SSM kemarin. Sekarang dalam proses menyiapkan sampel-sampel. Harap-harap perniagaan ni berjaya. Insyallah :)
Aku tak nak daftar online sebab tak yakin dengan pembayaran online dan senang selesai kalau ada apa-apa butiran yang aku sangkut. Jadi, hari terakhir cuti aku abiskan dengan jejakkan kaki kat The Mall (dan juga merayap kat kedai-kedai riben Jln Tar dan Semua House).

Prosedur daftar perniagaan (ROC) - individu:

Lokasi: The Mall (tingkat 16).
Waktu urusan kaunter: Isnin-Jumaat 8:15 am - 5:30 pm
Yuran: rm70 (sebab aku bukan letak nama perniagaan nama sendiri)
Jangka masa: 1.5-2 jam. (target masa sebenar sejam je tapi masa aku pegi tu, ramai orang yang nak mendaftar. Perkhidmatan kaunter mesra, cekap dan pantas)

Langkah 1:
Kaunter 1 - Dapatkan borang. Lengkapkan borang PNA 42 dan borang A . Borang PNA 42 ialah borang kelulusan nama perniagaan. Borang A ialah borang pendaftaran perniagaan. Contoh untuk isi borang ada tampal kat dinding meja tulis pejabat SSM. Borang yang dah lengkap, kembalikan di kaunter untuk dapatkan no. giliran. Tunggu sehingga no. giliran dipanggil (20-40 min.). Satu salinan kad pengenalan diperlukan.

Langkah 2: Kaunter 3, 4, 5.....  - Urusan pembayaran daftar, nama perniagaan dan semakan butiran dalam borang. Resit dikeluarkan dan tunggu giliran dipanggil untuk ke kaunter 2.

Langkah 3: Kaunter 2 - Tunjukan resit dan sijil pernigaan dikeluarkan.

Kira agak mudah urusan dan selamat, cuma ambil masa sikit untuk prosedur 'pergi sendiri' ;)

February 5, 2011

cerita 20...

As Salam..

Hari ke-5 cuti Tahun Baru Cina. Jap je... ada 2 hari lagi cuti. Wuaaa... Aku dah mulakan projek uncang. Nak tambah riben, kedai tutup lagi kot. Tengokla... jap lagi.
Semalam ke umah Boy, Labu. Kira dekat juga la. Suasana hijau. Tenang & sunyi. Sesuai untuk rehat.
Hari ni nak buat apa?... ermm sambung projek uncang

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...