November 18, 2014

Baja Air Beras + Gula Merah

Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang murah. Baru kejap ni saya dapat ilmu buat baja Effective Mikroorganisma (EM). Resipi ni bagi saya cukup sifat kerana bahan-bahan yang perlu mudah saya dapat. Saya harus cuba!

Mengikut kefahaman saya, secara ringkasnya....

Bahan-bahan:
1 liter air (tanpa klorin) cucian beras (cucian pertama sebab ia pekat. Lebih pekat lebih bagus)
1 kg gula merah

Kaedah:
Campur kedua-dua bahan ke dalam botol plastik kosong (botol air mineral). 1/4 atau lebih bahagian botol adalah ruang udara.
Goncang hingga sebati.
Biar beberapa hari sehingga 2 minggu iaitu bau masam manis dan lapisan putih di permukaan terbentuk. Dalam tempoh itu, buka tutup 3-4 hari sekali untuk bebaskan gas. Tidak boleh gonyang atau kacau botol. Gegaran akan menyebabkan mikrob mati.

Penggunaan:

Sayur berdaun....
Minggu ke-1: 5ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-2: 10ml + 1 liter air tanpa klorin   
Minggu ke-3: 15ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-4: 20ml + 1 liter air tanpa klorin

Sayur berbuah....
Minggu ke-1: 10ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-2: 15ml + 1 liter air tanpa klorin   
Minggu ke-3: 20ml + 1 liter air tanpa klorin
Minggu ke-4: 25ml + 1 liter air tanpa klorin

Tips:
Guna bersama-sama air perut ikan.
Tanaman dalam pasu, guna bersama-sama baja asas/organik najis ayam atau lain. Baja ini akan menyuburkan tanaman disebabkan tanaman akan cepat menyerap baja/nutrisi.










No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...