Kadang-kadang perbuatan orang-orang ni melampau. Kasi muka, diam, tak banyak cakap, terima apa yang orang-orang ni cakap dan buat .. jadi modal orang-orang ni buli dan membodohkan aku. Kekadang perlakuan orang-orang ni melekehkan aku sama tahap ngan melekehkan budak-budak.
Bila orang-orang ni sempit, aku tolong, kasi peluang dan cukupkan.... yang selalu juga buatkan aku sempit hati, sempit poket. Tak pe, demi membantu orang-orang ni. Bila dibantu, hanyut, penting diri sendiri dan tak tau nak hargai dengan apa yang diberi. Bila sempit balik, cari aku lagi. Aku dah cukup puas dengan sikap orang-orang ni sampai aku jadi jelik. Bila sendiri, aku slalu terkenang perangai orang-orang ni kat aku. Aku jadi serik, marah, kecewa, kecil hati. Dan maaf, lepas ni aku makin jauhh
April 29, 2011
April 28, 2011
cerita 38.. family day & coti2 kelantan
Sabtu ni hari keluarga Zon Permai. Aku terlantik sebagai AJK penyediaan buah. Epal, anggur dan jambu aku lom beli lagi. Petang ni kot baru mula nak cari. Pasar Chow Kit... erm ada ke time petang/ pas keje? Hmm... Tengah pikir kat mana nak beli. Esok dah nak kena kumpul dan bahagi 3.
Coti-coti Kelantan. Penginapan dah settle. Selasa lepas aku dah tempah 1 bilik homestay. Kayumas Homestay. rm80/malam dan percuma tambah tilam. Bawak Mak jalan-jalan jauh. Semoga Mak hepi.

April 25, 2011
cerita 37... macam2
Semalam, macam-macam tempat aku dan laling jalan-jalan. Gerak dari umah 7:00 pagi.
Sepagi di Klang dan Rantau Panjang. Mula-mula macam biasa, pasar Pandamaran untuk borong stok ikan dan ayam seminggu. Lepas tu, kitorang ke Rantau Panjang. Cari baju dan seluar bundle. Tunggu sejam setengah kedai buka pukul 11.
Sambil tunggu, dok makan roti telur dan teh tarik. Best makan-makan kat kawasan kampung sebab sedap dan murah. Dok letih 'membebel' dalam kereta, beli air soya dan cincau. Yang best, harga sebungkus 50sen dan sedap. Patotlah kitorang pelik tengok orang ramai tunggu beli air situ. Memula try sebungkus. Pas tu tambah 2 bungkus. Patutla ramai orang beli air kat situ. Nanti aku tepek gambar gerai air wak tu kat sini bila datang sana lagi sebab tak bawak kamera semalam.
Berkat tunggu hampir dua jam kedai-kedai bundle tu, aku dapat satu seluar levis dan lee ori dengan harga 10 hengget tiap satu. Laling ngan dua helai seluar keje dia. Sampai umah, masing-masing pengsan. Insyallah, pas ni nak berkunjung kat BATA factory outlet.
Petang, kitorang turun Kajang. Kali ni kitorg borong lapan helai t-shirt. Semuanya rm65.
Macam-macam benda-benda berbaloi. Tak perlu belanja besar. Cuma kena rajin rayau dan cari. Satu pengalaman menarik yang diperkenal oleh lalingku. Sayang awak :)

April 23, 2011
Cerita 36.. Naaa na nannaa
Semalam tunggu laling kat bus stop sampai 8:20. Banyak kije sebab dah tinggal 2 orang dari 5 orang. Tambah 1 orang baru. Pas tu dia kasi surprise dinner @Pak Ali. Yeuwwwww.. kue teow basah. Sedappp... penuh ngan khasiat zat besi kuali. Hehh. Belasah je la, janji kuar api dan sedap.
April 20, 2011
April 19, 2011
cerita 35... penceritaan yang terlarang
Aku slalu dibayangi perasaan orang-orang keliling 'tak suka' kat aku. Mereka bercerita hal-hal yang tak sedap tentang aku. Mulanya, aku pelik daripada ramah, tiba-tiba jadi tak seramah hari tu, lari bila nampak kelibat aku, buat tak nampak, pandang sinis atau bercakap ngan nada tak sedap didengar. Bila dah banyak kali, aku mula buat kaji selidik. Aku tahu, ada orang-orang dekat yang ramah 'cerita blakang'. Pernah kantoi. Mula-mula aku terasa, sedih dan slalu tanya kat diri sendiri "jahat sangat ke aku?". Aku terima cabaran ni. Insyallah, suatu masa nanti, yang baik dan benar akan diketahui.
April 18, 2011
cerita 34... persahabatan
As salam.
Aku dapat sms dari seorang sahabat lama sabtu lepas. Dia ajak aku jaga budak periksa ahad (semalam) untuk dua jam. Aku ajak kakak & abang sekali sebab dia cakap, kalau ada orang, lagi baik sebab tak cukup orang. Sebelum aku tawarkan kat kakak dan abang, aku tanya sahabat aku tu tentang bayaran. Maklumlah, takkan aku nak libatkan diorang dengan buat keje percuma sebab libatkan hari cuti diorang. Fahamkan maksud aku tu.
Seperti yang dijanjikan, sahabat aku ambil kami dirumah. Tempat periksa tu kat Bandar Tasik Selatan. Ada beberapa kereta kawan kepada sahabat aku ikut sekali. Hampir kat tempat periksa tu, aku dapat rasa ada info yang tak betul dimaklumkan. Di luar bangunan aku nampak beberapa lelaki pakai kot dan aku tak nampak orang-orang kat situ gaya pelajar. Sah, aku tertipu. Rupa-rupanya aku, abang dan kakak terperangkap untuk dengar taklimat jualan langsung. Seboleh-boleh sahabat aku minta kami ikut taklimat. Tak sampai 10minit, abang dan kakak balik dulu. Mujur bawa kereta. Aku, demi menjaga hati sahabat, aku ikut taklimat tu selama dua jam. Hati ni, sangat-sangat jelik dengan sikap orang2 yang tamak duit ni.
Pengajaran untuk aku selepas dua kali terkena dengan orang yang sama.
Untuk sahabat, jangan gadaikan nilai persahabatan dan kepercayaan untuk cepat kaya. Jangan guna alasan, kita sama-sama susah sebab aku taklah susah sangat tapi aku mengamalkan cara hidup sederhana dan ala kadar. Tak ada cara mudah untuk cepat kaya. Hidup mewah bukan segala-galanya. Biar hidup sederhana tapi bahagia. Sebab dia, secara tak langsung aku tipu laling aku. Aku sedih bila aku call laling masa dengar taklimat, dia tanya, "dah abis jaga exam?". Dalam hati aku, sahabat tipu aku dan aku tipu suami aku. Aku juga tipu abang dan kakak aku. Jaga budak exam.
Aku kecewa dengan sikap sahabat aku yang sanggup menipu aku untuk kaya cepat. Sebab dia, mungkin lepas ni abang dan kakak tak percaya aku. Aku pernah 'tipu' abang sebab kawan. Konsep yang sama. Aku tak pernah dan tak ada niat untuk tipu. Sebab percaya dengan kawan, aku 'tipu' orang.
Jadi, lepas ni...untuk kawan aku tu, "tiada lagi" la. "Harap maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan". Hehhh.. (aku terlalu baik kot sampai orang-orang senang memperbodoh-bodohkan dan ambil kesempatan. Tak pe, dia lupa Allah dan Allah akan memberi perlindungan kepada orang-orang yang teraniaya). Satu lagi, ini bukan karektor seorang pendidik anak bangsa.

April 16, 2011
cerita 33.. "hepi besday!"
Selamat menyambut hati lahir ke 34 untuk diri sendiri. Hehhh. Semalam dah ada makan2 kat ofis. Kek durian dari Madam Ho dan pizza dari amoi2. Kenyang separuh hari. Laling.. awal pagi dah ucap. "Sori sayang, tak ada apa-apa". Tak pe. Hadiah kasih sayang dah cukup.
April 7, 2011
cerita 32.. aku makin 'dewasa'
Hal-hal lepas jadikan aku lagi matang. Semakin hari semakin matang. Aku dah semakin jauh dari dunia mereka. :D
Apa perancangan masa depan aku? Macam terumbang ambing. Kurang sedia untuk masa depan. Dengan apa aku & lalingku lalui sekarang, kami bercadang menetap di kampung. Lalingku dengan sewa kanopi.. welding dan mungkin juga bisnes cuci kereta. Aku, rehat sambil bisnes kecil. Mampu ke aku jauh dari kebiasaan. 34 tahun aku hidup di Selangor & Kuala Lumpur. Rasa seronok bila hidup tak terikat dengan makan gaji nanti. Jauh dari hidup yang banyak tekanan.. sesak. Aku akan hidup dengan suasana hijau... tenang. Boleh cucuk tanam. Tinggal rumah papan.. umah kampung. Umah idaman :)

April 2, 2011
cerita 31... Mac Book
Hajat di hati... akan kubuktikan tahun depan :)
Spec:
Spec:
- 2.4GHz Intel Core 2 Duo
- 4GB 1066MHz DDR3 SDRAM - 2x2GB
- 320GB Serial ATA Drive @ 5400 rpm
- Keyboard (International English) & User’s Guide (English)
- SuperDrive 8x DVD+/-R DL/DVD+/-RW/CD-RW
- Ships: Within 24hrs
- Free Shipping
- RM 3,592.00
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...