July 30, 2011

cerita 62... jahit kraf

Hmm... projek & market ada, masa je tak ada. Huaaaa... harap-harap boleh. Yakin boleh. Zuhra boleh! Euwwwwww..

July 28, 2011

cerita 61.. tiada rasa

Sejak dua menjak ni aku lebih suka berdiam diri. Banyak perkara nak diciterkan, tapi tah la.. ati tak de nak berciter. Kebelakangan ni aku letih dan letih ni buat aku jadi malas. Letih sangat tapi pergerakan cam rutin biasa.
Dalam tempoh senyap, aku tengah siapkan 160 uncang smuanya. Dah masuk minggu ke-3 ni. Sloww... Aku dah siapkan bow. Smua on progress. Minggu depan dah mula puasa. Ramadan datang lagi! Aku harap ramadan kali lebih baik dari tahun lepas.

July 22, 2011

cerita 60... dalam dilema, emosi kacau

Dilema. Boleh percaya ke? Satu ubat tu pakcik tu cakap daun fatimah. Tapi bila aku check kat tenet, daun fatimah tu la bonar ngan dia kasi. Cam bahagian pokok yang kat dalam hutan belantar aje. Nak tepek gambar kat sini, kamera lak tak ada. Rendam dalam air mendidih dan minum waktu subuh. Bersih, jangan terlangkah dan selawat  "Insyallah mujarab untuk semua penyakit". Satu ubat lagi simpan dengan kain putih, kuning dan hitam. Yang ni buat aku lagi kacau.. aku kena rujuk ustaz-ustaz Darul Syifa. Pakcik tu kasi alamat Batu 71/2, Kg. Hj. Ibrahim, Jalan Airport Kuching, Sarawak dekat Bau, puas aku cari dalam tenet... tak jumpa lagi takat ni. Poskod pon salah... 49000. Ni poskod area Selangor sebab umah aku 43200. Bila aku terbalik jadi 94000, betul kat Bau. Mintak no telefon, tak mau kasi. Misi selidik lagi. 
(22.08.11: Nama herba ni Pokok/ Akar Genggam Fatimah. Aku terjumpa masa jalan-jalan kat Downtown Sabtu lepas. Sama. Hari ni aku search untuk tau terperinci herba ni.. http://www.delimajelita.com/2010/02/genggam-fatimah.html. "Wanita hamil dilarang minum" Ahaaaa... aku dah minum. Cam mana nak ngandung. Adoi aiiii..)


Beberapa hari ni aku rasa tak sedap, tak selesa, emosi kacau... stresss.. hangenn.. Semalam balik keja, mau aje aku dok kat KFC. Tunggu emosi stabil, baru balik. Huaaaa. Pas semayang maghrib, aku baca Yaasin dan minum air Yaasin. Alhamdulilah :)

July 18, 2011

cerita 59... jalan-jalan yang tinggalkan kesan

Semalam aku, MyLaling dan Mak ke Bandar Melaka. Tak de jalan sangat. Lepak makan cendol. Handbag kesayanganku dicuri!. Kamera, broadband dan kunci ofis ilangggggg. Huaaaaaa. Lalingku lupe kunci keta. Untuk sementara ni, tak de gambar nak tepek :(

July 15, 2011

cerita 58... minggu yang sibuk

Jumaat. Hari ni masuk 1 minggu aku tak post apa-apa kat blog. Sibuk siapkan tempahan uncang 50pcs untuk Pn Surida. Aku suka warna light choc. Kain mahal skit. Mahal sikit untuk kualiti yang lagi baik. Lepas ni 100pcs strike' peach.

Berita malam tadi, budak kena pukul sebab merokok. Hmm.. memang patut. Kalau tak ajar cam tu, makin gian budak tu merokok, pas tu amik dadah dan merebak ke masalah sosial lain. "Cikgu buat anak saya cam beruk" Ye laaa... kalau tak buat cam tu, jadi berok la anak mu. Sebab tak serik. Kalau aku ada anak, aku biarkan anak aku diajar. Ibu bapa sekarang muakan sangat perangai anak-anak. Sebab tu sekarang kebanyakan budak-budak yang terabai dari pengawasan mak bapak, perangai cam setan. Tak ada hormat, segan silu. Yang 1 pihak tu, timbulkan isu ni berbau politik. Highlight "Kelantan". Hmmmm aku dah agak. Awat dah 1 minggu baru kecoh kat tv3?

July 8, 2011

cerita 57... AKU ENGGAN TURUN MENGUNDI MUSIM AKAN DATANG

Dua minggu ni aku agak sibuk ngan projek uncang dan drawing. 2 in 1.  Minggu lepas balik kampung dan turun kenduri kahwin kat Batu Pahat. Projek uncang, insyallah minggu siap. Drawing Adi aku baru siapkan tadi. Dah ringan satu. Alhamdulilah rezeki agak baik.

****

Sekarang sibuk pasal perhimpunan Bersih. 

 ****
POLITIK. Aku dah mula naik menyampah. Makin menjadi-jadi permainan kotor diorang ni. Apa yang dilakukan makin jauh dari nilai-nilai Islam. Mereka kata mereka bagus. Contoh satu kesalahan yang simple diperhatikan; Isteri-isteri dan anak-anak pemimpin-pemimpin politik Islam kebanyakannya dedahkan aurat. Macam mana dikatakan pemimpin yang bagus sedangkan keluarga sendiri tak dapat dipimpin dengan baik. Belum lagi ditengok nilai-nilai moral, perangai ahli keluarga mereka.
Kini wang dan harta segala-galanya untuk berpolitik. Yang Muslim, cara hidup kini  makin hari makin jauh dari ajaran Islam. Dalam apa-apa perjuang mereka, mereka semakin lupa dosa atas cerita-cerita yang diadakan, kabar-kabar angin tak baik, tuduhan, fitnah dan cerca yang dibuat. Dah senang, mau kacau bilau. Bila dah kacau bilau.. sibuk mau aman. Manusia juga selalu tak puas hati dengan apa yang dia ada dan tak cuba menaiktaraf apa yang ada. Gembira nak menuruntaraf. Macam mana nak maju, sebab selalu fikir nak jatuhkan orang lain dan mundurkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara. Hal kecil-kecil akan jadi hal besar dan semakin besar.
POLITIK. Yang satu pihak, nampak sangat memburukkan lawan menggunakan boneka-boneka diorang. Rakyat juga jadi boneka. Sedapkan hati rakyat dengan melaungkan statement positif dari luar atau penyokong  yang sekerat dua terhadap satu isu yang boleh membuatkan rakyat bising. Taktik lakukan sesuatu untuk lindung sesuatu yang memudaratkan seterusnya gugat kedudukan mereka. Perbandingan dengan negara luar, persekitaran luar tak sama dengan persekitaran Malaysia. Aku tak bodoh. Yang baik, di laungkan. Yang tak baik.. salah, ditimbus dengan baik supaya masyarakat semakin lupa apa yang dah berlaku. Semakin terserlah tipu helah mereka. Tapi dalam pada tu, ada sorang dua yang aku nampak keikhlasan dan kejujuran jalankan keje dia. Yang satu pihak lagi, bajet buat labur tak ada untuk raih hati rakyat. Mungkin mereka juga jadi mangsa penganiayaan pihak yang satu tu. Terhimpit. Terpaksa mengaku salah, terpaksa jual hak untuk pihak yang satu tu. Kekadang terpaksa memberontak.



July 4, 2011

cerita 56... 'ke-an'... 'ke-an' lagi!

Kepenatan kemengantukan kepuasan kejalanan kesemalaman.. hammekkk! KL-Masjid Tanah-Batu Pahat. Letih luar biasa. Hari ni Isnin dan aku misti bengkak urat. Hehhh.

July 1, 2011

cerita 55... tak sempat!

Beberpa hari ni aku sibuk dengan jahit uncang.Tak baper cukup tidor. Aku janji siap dalam masa lebih kurang seminggu tapi aku dah drag berhari-hari. Puas aku kerja keras siapkan uncang Surida. Bukan senang nak potong dan jahit kain satin. Nasib baik Lalingku dan Mak banyak7x membantu dari potong, jahit dan pasang reben. Dari pengalaman ni, aku berfikir macam mana cara nak mudahkan kerja. Aku survey peralatan yang memudahkan & mencepatkan kerja-kerja jahit ni. Ada yang aku rasa tak masuk akal harganya, contoh: alat potong kain kat gambar bawah ni. Portable cutter kw-608 rm1800! Mak aiiii.... Kalau yang ada table logik ler skit. Yang ada table rm2500. Dah.... tak payah! Memang orang ni tak nak aku beli barang dia. Hehehh


Hmmm nampaknya, aku beli yang ikut tahap kemampuan projek sekarang dan aku takkan beli benda-benda yang tak logik harganya, aku teruskan untuk membeli benda-benda kat bawah ni iaitu:

Total = 166.0 + 59.0 = 225. Jimat banyak5x kan daripada aku beli ala-ala cutter kertas rm1500 atau rm2500 :)

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...