August 26, 2011

cerita 69... 2 hari lagi

Yeppp... 2 hari lagi aku akan berangkat balik kampung. Raya di kampung weiiii... Yeayyy!. Aku ada hari dan esok untuk packing, shopping barang dapur untuk Mak. Aku lom beli apa-apa untuk Mak dan Inak. Kijamm. Hehehh. Aku sebok ngan projek uncang. Malam tadi settle untuk sebelum raya. Legaa. Duitnya kitorang blanje diri sendiri dan Mak ngan burger ramly special, ais krim dan coke McD. Malam ni ke Klang untuk shopping kerepek dan esok aku try curi-curi beli blouse Inak. Heheh... syyytttt.. jangan kasi MyLaling tau sebab dia cakap kasi duit je. Tapi aku rasa tak best gitu. Untuk Mak? Hmmmm... cam purse atau handbag. Baju... Mak banyak sangat baju ngalah aku. Tudung pun sama.

*****
Hidop ni perlu banyak pengorbanan. Perit kan. Hmmm.. Bantu. Kena ikhlas dan tak boleh harap balasan. Bila harap, kita kecewa dan sedih bila orang yang kita tolong tu tak nak tolong kita. Walaupun terlalu banyak pemberian dan tolak ansur. Ishhh... memang tak boleh mintak balasan. Dan kalau boleh usaha dulu sedaya upaya, baru mintak tolong. Pengajaran yang aku dapat baru-baru ni. Jangan mintak orang untuk tolong kita. Membentak-bentak menunjukan dia tak suka nak tolong. Ok, tak pe... dunia tak gelap tanpa bantuan dia. Sikap yang cam ni akan buat diri sendiri malu untuk mintak bantuan pada orang yang kita tak nak tolong. 

August 25, 2011

cerita 68... akuh lasah maka'ah

April 2011 @ Mines, Sri Kembangan,
Aku kawin agak lewat. 33 tahun. Kekawan seangkatan majoriti dah ada beberapa anak, aku baru nak kawin. Aku tak berapa kisah sangat mulanya tapi lepas umur 30, baru ada jiwa kacau. Heheh. Kacau yang cam mana... hmmm sorang-sorang hadapi hari akan datang sebab keluarga aku tak besar. Dalam pada tu, aku percaya yang jodoh belom sampai dan aku terima kalau aku ditakdirkan memang aku tak berumahtangga. Aku tak henti-henti doa supaya Allah temukan jodoh yang soleh sampai bertitis air mata.
Dan Alhamdulilah.. akhirnya aku sah jadi isteri kepada Rajali Abdul Hasim pada 12 Mac 2010. Pertemuan yang singkat. Diperkenal oleh seorang adik yang baik. Perancangan ke alam perkahwinan yang singkat. Suami aku selalu jawap, 'ni la namanya jodoh, ketentuan Allah' bila tiap kali aku tanya 'cam mana ek kita dua boleh kawen?' Aku tak sangka dan rasa dalam mimpi sampai sekarang yang aku dah bergelar 'Puan'. Alhamdulilah, aku punya suami yang baik... sangat baik. Antara lelaki yang terbaik dalam hidup aku. Syukur sangat-sangat dan terima seadanya anugerah ni. Mungkin hadiah kesabaran dan ujian hidup selama ni. Suami aku cakap, paras rupa tak penting tapi hati kita. Alhamdulilah, Hidup sederhana dalam keceriaan dan kebahagiaan.
Oct. 2010 @ Sandakan Airport
Ya Allah, aku bermohon biarlah hadiah ni kekal berterusan. Aku akan sentiasa pada perintahMu dan berikan kami petunjukMu dan perlindunganMu.

August 23, 2011

cerita 67... mau raya sudah. Projek x siap gikk. Huaaa

Hmmm... apa pon tak settle. Ni hari Selasa. Ahad pagi gerak balik kampung. Uncang 100pcs lom siap. Baju-baju abang tak siap. Shopping tak siap. Barang-barang nak bawak balik tak siap. Huaaaa.

August 15, 2011

cerita 66... mau raya

Lama tak tenyeh apa-apa kat blog. Puasa kali ni aku sebok. Alhamdulilah, setakat ni aku ponteng 1 hari solat terawikh. Alhamdulilah juga, rezeki uncang aku lom putus. Aku ada hutang 100 lagi uncang. Dalam minggu ni aku misti siapkan. Minggu depan aku plan nak siapkan baju raya Mak, Laling dan aku sendiri. Sempat ke. Ngeh.. ngehhh. Biskut raya... hmmm impian nak wat sendiri terpaksa dibekukan skali lagi tahun ni.
Keje ofis pon banyak nak buat. UCSI dah masuk. Aku tetap teruskan cuti raya selama 11 hari. Haaaaa... ko, raye sakan aku kat kampung tahun ni. Ada 13 hari lagi 'balik kampung'. Horayyyyyy!. Mak tinggal :(
Bisnes baju cam agak laris nak raya ni. Cam tiap minggu kena tambah stok. Alhamdulilah juga. Bercinta aku nak turun kl shopping Sabtu ni. Keseorangan.

August 8, 2011

cerita 65... buang

Pagi ni aku terbaca tajuk, sesiapa berminat boleh ambil sebelum mereka dibuang. Kucing. Terutama anak kucing. Aku sedih bila dengar atau baca kucing nak dibuang. Apa salah mereka. Aku kategorikan orang ni 'zalim'. Kalau tak nak, biarkan diorang hidup sendiri kat tempat tu dan kasi makan aje. Kucing makhluk Allah. Sama macam kita. Aku tak boleh tengok kucing disepak dan dipermain-mainkan dengan ganas. Mood sedikit kacau pagi ni :(

August 3, 2011

cerita 64... Mohammad Taha Al Junayd

Pagi ni aku dengar zikir dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari youtube. Sejak dua menjak ni aku jadi semakin keras kepala, marah, cepat hanget, letih dan malas (Ya Allah, kenapa la dengan aku ni?). Harap-harap keras kepala aku ni makin kurang.
Ada sorang budak ni, suara best sangat. Cari punyer cari.. nama dia Mohammad Taha Al Junayd. Aku klik link dia. Aku rasa sesuatu pas tu tetiba mata aku berlinang bila dengar.

August 1, 2011

cerita 63.. ramadhan datang lagiiii

Hari ni mula puasa. Sahur ngan air kosong. Tido best.. keletihan. Sabtu dan Ahad yang sebok. Beli borong baju untuk jual kat kampung. Sabtu pas keje aku ke area belakang stesen lrt Hang Tuah. Ahad, awal pagi ke pasar. Kul 2 turun Jalan TAR. Sampai umah.. kul 6:30. Sudahnya aku tak pegi terawikh. Letih. MyLaling je pegi. Kul 9:30pm, hantar Kak Ida balik Kg. Baru. Tido. Padi tadi sedar kul 5:40am. Euwwww... Hari ni, sengal. Heheh.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...