June 19, 2013

Ada apa dengan dia?

http://www.popular.com.my/Admin/Images/Upload/06270298-3449-4019-8336-163672423906.jpg
Jangan Bersedih...
Dah lama saya beli tapi baru dapat baca sejak seminggu yang lepas. Salah satu buku cerita yang menarik. Ada apa dengan mimpi sampai boleh menjinak diri dalam dunia membaca sekarang? Ngeh ngot ngot. Dalam train 55minit hingga sejam adalah sesuatu yang membosankan. Saya pandang dia, dia pandang saya. Lagi... ramai yang khusyuk dengan handphone masing-masing. Handphone saya? Hmm... cukup sekadar terima & hantar sms dan call. Ada hikmah disebalik pergi-balik kerja naik train sekarang. Masa untuk membaca.
Dah 3 tahun beli tapi baru nak habiskan. Buku ni umpama seorang ibu memujuk anak untuk bersabar yang diduka dengan musibah. Matlamat kehidupan dunia ialah mencari point untuk direwardkan dalam kehidupan akhirat nanti. Ada tips-tips macam mana nak dapat point yang banyak.


June 10, 2013

Air hujan

Sejak dua menjak ni kehidupan di pejabat saya diselubungi dengan Rainwater Harvesting System. Maksudnya, tadahan air hujan dalam sesebuah bangunan atau rumah. Ada dua projek yang guna sistem ni. Mula-mula saya buat tak tau.. amik buat aje la. Malas nak pikir. Pemalas sungguh! Ngeh. Tapi bila terpikir sekarang keadaan cuaca yang tak menentu.. hujan lebat, baru teringat nak ambil tahu sistem ni. Bagus juga kalau guna sistem ni untuk sprinkler kat rumbung umah kabin. Jimat air.
Sistem dah berlaku sejak dulu kala lagi tapi sekarang dimodenkan dengan teknologi terkini seperti penggunaan pam, tangki yang canggih dan penapis air untuk memudahkan cara. Dulu masa cuti sekolah kat kampung, nenek tadah air hujan yang jatuh kat bumbung pakai tempayan, baldi dan besen besar. Habis serdak kayu dan daun-daun pokok sekali masuk. Heheh.. indahnya zaman budak-budak.



Konsep rainwater harvesting system macam kat atas ni. Bila baca perihal sistem ni, teringat keluarga suami saya di kampung Lahad Datu menggunakan tadahan air hujan sebab bekalan air bersih ke rumah-rumah tak cukup. Jadi, bagi saya yang biasa tiada masalah bekalan air di sini agak terkedu juga. Maklum ler, dah biasa membazir air. Bila di kampung... pandai la pulak nak jimat air. Harap-harap kerajaan memandang nasib orang-orang kampung saya di Lahad Datu. Juga, kejadian pencerobohan tempoh hari membuka mata, hati & fikiran rakyat Malaysia tentang kesamarataan dalam menerima kemudahan.
Teringat juga saya tentang dokumentari SMART dulu, SMART guna konsep ni. Maknanya dua fungsi utama sistem ni ialah air tadahan untuk digunakan semula dan tadahan sementara air buangan.

Guna semula
Simpan sementara
Untungkan kita rakyat Malaysia, istimewanya Allah bagi iklim panas dan hujan sepanjang tahun. Kutub utara ada? Salah satu diskaun dalam kehidupan. Alhamdulilah. Kita tak perlu mengeluh bila hujan turun. Selalu kita dengar ayat ni bila mula hujan turun, "Alaaaaa.... hujan pulak". "Ishh... hujan, macam mana nak keluar ni". Macam hujan ni satu masalah kat kita. Harap-harap lepas ni kita tak akan mengomel bila hujan turun.

June 7, 2013

Cadangan Beli: Garment Steamer

Ya, Kak Ton yang cumil-cumil sekalian... Sila dapatkan garment steamer ini jika Kak Ton ingin mudahkan kerja-kerja seterika terutama bagi Kak Ton yang mempunyai beberapa orang anak yang bersekolah. Mudah dan cepat. Tak perlu sembur cecair anti kedut.
Sejak seminggu lebih saya beli dan baru dua kali guna, saya rasa ok sebab kebanyakan baju kerja saya adalah daripada kain kapas. Harga rm166. Niat nak beli jenama Philip. Agak mahal. Tapi saya cuba jenama ni dulu.
Mana saya beli? Lazada. Tiada cas penghantaran untuk pembelian garment steamer ni. Tengahari order, esoknya dah boleh dapat. Servis cepat dan bagus. Selamat mencuba ;)

 XMA Garment Steamer XMA-GS320H

Tak cukup!

Hahaha... kami tak cukup duit nak siapkan umah. Agak-agak siapalah dermawan lagi hartawan yang boleh pinjamkan duit rm10K dia 'sekejap'. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari ke.. . Ngeh ngeh. Kami pinjam je... bayau ansuran tetiap bulan.


Hehheh. Tak apa. Sikit-sikit, lama lama siap. Apa kata orang? Lantak ler. Janji tak hutang ratus riban untuk dapatkan sebijik rumah. Nanges sampai tua ler membayau. Tak takutkah kalau mati meninggalkan hutang? Hahahaha... psiko!


June 4, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (8)

Hari ni nak tayang rumah saya yang tak siap. Sedihkan. Heheh. Gambar ni diambil dua minggu lepas iaitu sebelum berpindah. Masa ni separuh barang-barang dah diangkut. Serabut tak Kak Ton? Yang ni serabut skit. Paling serabut masa hari pertama dan kedua. Sekarang ok sikit. Gambar terkini... nanti tunggu hari tak keje sebab hari keje gambarnya gelap-gelap.

Bilik Romi & Juli

Bilik Mak

Bakal ruang tamu (kanan)

Bakal ruang tamu (kiri)

Bakal bilik air & kawasan cuci mencuci

Bakal ruang makan

Pekerja kontrak tetap. Tak perlu bayar upah. Ngeh ;P
Apa pon, saya bahagia dengan kehidupan saya. Alhamdulilah, Allah bagi kehidupan yang sederhana untuk saya, Laling saya dan Mak saya. Saya tak perlu kaya harta untuk hidup bahagia, sebab Allah dah pesan...

.... Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya - Surah Kahfi ayat 7.


~ bersambung lagi di Rumah Impian Saya: Rumah kabin (9)

June 3, 2013

Semangat kad baru

Hari ni hari ke-4 di rumah baru. Hari ni perasmian tiket mingguan Pertama-Saya dan kad TnG baru. Ngeh. Gigih mencari TnG malam tadi. Hari ni, Isnin. Blues Ujang & Dara... apa tak nyer, Kak Ton terkandas setengah jam dalam tren sebab ada tren tergelincir kat stesen KL. Sedih mengenangkan hari ni lambat lagi. Lagi 5 minit jam 9am baru masuk ofis. Lupakan angan-angan nak makan roti cati kat kedai mamak. Nasi lemak lagiiiiiiiiiii..

Kad baru
Oh ya... dalam pada blues, ada best gak. Lihatlah wang saya di bawah ini. Hasil kerja projek gelap Tee. Ngeh. Alhamdulilah.. Allah bagi diskaun hari ni. Sebenarnya, rm30 jek tapi sebab Tee tak ada duit kecik terpaksa ler tayang rm50.
rm30

June 1, 2013

Naik pangkat

Kami dah pindah sepenuhnya! Hari ni cuti. Yayyy.. Sempena hari keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Hari ni hari kemas sedunia. Bilik Mak je. Bilik kitorang, sikit-sikit nanti. Kami masih tidur di atas toto. Insyallah, esok naik pangkat tidur atas katil. Mak dah saya siapkan awal-awal sebelum pindah masuk.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...