August 31, 2013

Kebun Kami

Alhamdulilah... 6 ahli terakhir yang di nanti-nantikan sudah selamat masuk. 
Selamat datang Mbek..Mbekk.


August 28, 2013

Mampukah saya...

... memegang amanah ini sehingga tiba masanya?

Beberapa hari lepas bos ajak saya bersembang (boleh pulak yer). Antaranya.. isu berbangkit cuti saya yang dah habis dan negatif (hutang cuti) setiap tahun. Heheh. Yer ler bos, masa bujang boleh la keje sampai kering nyawa. Dah ada suami, tak boleh ler. Hal lain... keadaan saya sejak berpindah, percutian bos ke Mongolia baru-baru ni dan plan bos nak ternak kambing. Hal yang lagi besar ialah tentang perancangan syarikat pada masa akan datang. Jeng.. jeng.. jengggg. Bos minta saya untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan staf lain (kecuali beberapa orang penting syarikat) sehingga pengumuman dibuat iaitu berlaku pada tahun 2015 nanti. Insyallah, saya akan pegang amanah ini. Harap-harap semuanya berlaku dengan lancar.

August 24, 2013

Misi Buang lemak

'Beliau'
Disebabkan beliau ni lah saya terbaring kat sofa ofis hampir 2 jam tengahari semalam. Gara-gara nak buang lemak berlebihan. Hahaha. Tuti yang bagi cuba kemarin. Tindakbalasnya semalam. Tak tentu rasa dibuatnya. Akhirnya terpaksa panggil En. Suami-Yang-Baik-Hati datang ambil jam 2:15 petang. Pengajarannya, untuk pertama kali ambil teh ni wajib minum hari cuti.

August 19, 2013

Ziarah alam dan kehidupan

Niatkan dihati.. untuk menyelongkar khazanah ciptaanNya.

Semakin banyak alam dan kehidupan yang diteroka, semakin banyak pengalaman & pengetahuan yang dapat dari ciptaan Maha Pencipta. Penerokaan alam banyak menginsafi, menghargai dan timbulkan rasa syukur dengan nikmat yang diberi, menerima seadanya dan gunakannya dengan baik.

Buah Terap


August 14, 2013

Laporan Raya 6: Balik suda..

Berakhirnya cuti-cuti raya di kampung. Jumpa lagi next raya ya orang kampung... insyallah ;)

Lahad Datu - Kota Kinabalu

Kota Kinabalu - Kuala Lumpur

August 11, 2013

Laporan raya 5: Melawat kesan pemberontakan

Hari ni kami jalan-jalan raya sambil hadiri kenduri kawin di Tanjung Labian dan tumpang lalu di Felda Sahabat untuk beraya di Sinakut dan terakhir di Tunku. Nampak banyak tempat nak pergi tapi semuanya terletak berhampiran.

Kenduri kawin

Rumah sedara 1

Rumah sedara 2

Saya suka lalu di Felda Sahabat terutamanya di kawasan Felda Residence sebab pemandangannya cantik dan suasana yang tenang. Seperti biasa, hanya tumpang lalu. Tak sempat nak menyinggah jalan-jalan tepi pantai.
Tanjung Labian yang tenang. Pemandangan agak tercemar kesan daripada pencerobohan pemberontak awal tahun ni. Ada rumah-rumah penduduk yang rosak sedikit dan teruk. Dewan jadi penempatan sementara. Kerajaan sedang menjalankan tanggungjawap membina rumah penduduk yang rosak teruk dan pembaikan bagi rumah yang boleh dibaiki.


Rumah rosak 1

Rumah rosak 2
Rumah ganti bantuan kerajaan

Kepada anggota keselamatan negara, terima kasih banyak-banyak sebab sanggup menjalankan tugas mereka nun jauh dari keluarga. Mereka sanggup menahan panas dan hujan berumahkan kemah kanvas di tepi-tepi pantai.

Lokasi: Sinakut

August 10, 2013

Laporan Raya 4: Moh beraya di tengah laut

Para nelayan siput
Ngeh3x... bukannya nak ziarah sedara mara tapi ke laut cari siput. Untungnya hidup dekat dengan laut dan kampung. Semuanya segar. Murah pulak tu kalau membeli di pasar. Berbaloi.
Pembakaran ikan
Rezeki tinggal di kawasan kampung. Nak ikan, udang & sotong... petik je kat laut. Modalnya ialah kerajinan mencari. Tak perlu bersantan mantan bagai... rebus & bakar dah cukup sedap.

Ferrari kami
Nikmat kurniaan Allah. Tanda Maha Pencipta sayangkan makhluk ciptaanNya. Baru tahun ni kami dapat turun ke laut. Main air memang seronok. Bot kami berhenti di tengah laut. Di tengah laut, ada kawasan cetek bila air surut. Pelik dan Kecut perut bagi saya yang tak pandai berenang.

Rekod peribadi. Dua ekor je dari tiga ekor
Malam ni makan malam kami ialah sebaldi siput rebus. Alhamdulilah.



August 8, 2013

Laporan Raya 2: Selamat Hari Raya

Salam 1 Syawal. Kesempatan ini, saya dan suami mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri & mohon maaf zahir & batin.


August 6, 2013

Laporan Raya 1: Jauh perjalanan

Setiap tahun, saya akan tempuh perjalanan yang jauh. Balik Kampung! Itu yang yang kami nantikan. Beraya di kampung, suatu kemistian. Kali ni perjalanan 2 hari. Langkah berjaga-jaga andaikata ada penangguhan penerbangan.
Sebelum berumahtangga, saya tak tahu rasa balik kampung. Meriah. Kepulangan yang dinantikan. Tiket... kena beli awal. Paling lewat sebulan sebelum Ramadhan.

LCCT

Pengalaman balik raya tahun ni untuk saya kongsikan ialah keciciran beg. Bukan kesilapan kami tapi pihak pengurusan Air Asia. Walaubagaimanapun, masalah diselesaikan dengan pantas. Alhamdulilah. Selamat kasut-kasut raya.

Beg bertuah




28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...