*****
Try and Error |
Dalam perjalanan pergi dan balik kerja, seperti biasa saya akan berangan. Pagi ni saya berangan-angan saya dapat satu idea berniagaan. Bisnes kain baju kurung untuk raya akan datang. Insyallah. Kesimpulan yang saya dapat dari berangan-angan tadi ialah selama ni saya perlu lakukan sesuatu dengan cara cuba dan salah untuk mendapatkan perkara yang benar-benar yang sesuai dengan diri dan jiwa. Biarpun orang lain merendah-rendahkan usaha saya, saya tetap tak berputus asa selepas gagal dan gagal lagi. Bagi saya, selagi tak cuba dan tak salah.. saya tak akan dapat belajar dari kekurangan dan kesilapan.