Selamat menyambut Aidil Adha.
Tahun ni tak ada rezeki untuk berkorban. Tahun ni juga kami berdua beraya Aidil Adha tanpa Mak. Mak beraya di Melaka. Makanya, saya perlu sediakan juadah untuk para tetamu dan jiran-jiran. Jadi, hari ni dalam sejarah, saya masak juadah raya!. Menu yang jadi pilihan? Dah tentu yang simple-simple memandangkan saya hanya ada pagi raya untuk siapkan.
Malam tadi habis rayau semua kedai berhampiran untuk cari ayam.
Ayam abis la Kak. Aduhhh... bagaimana? Daging lagi lah. Mau tak mau, kena masak stok yang ada kat rumah. Ikan sardin! Belasah je la. Jadi, menu utama ialah nasi kuning sabah sambal ikan sardin. Menu kedua, menu orang semenanjung - nasi impit kuah kacang. Saya belum pandai buat rendang :( . Menu ketiga, kek marble. Alhamdulilah, semuanya siap dalam tempoh 5 jam dan boleh makan. Maaf, tiada gambar untuk dipertontonkan sempena hari bersejarah ini
;)