November 18, 2013

Satu lagi diari blog saya

Saya dah lama tak kemas kini satu lagi blog saya... "Cari-cari Kraf". Blog ni khas untuk saya bercerita tentang aktiviti kraftangan antaranya menjahit. Seperti biasa, blog ni adalah sebagai mengingatkan diri saya sendiri pada masa depan tentang siapa saya suatu masa dulu.

November 12, 2013

Menyepi....

Sumber: Facebook Kakak_Saya
 ...... saya perlu menyepi untuk lenyapkan saya dari orang yang membenci saya

Ini adalah jawapan bagi orang-orang yang kenal saya yang bertanya ke mana saya... lama tak 'ke udara'. Bukan semua orang senang dengan kehadiran kita. Kita susah, orang tak suka. Orang juga tak senang jika kita senang, tenang atau gembira. Jalan yang terbaik ialah meminimumkan penonjolan diri.

November 7, 2013

Maafkan Wa

Sekejap tadi saya membaca facebook Harian Islam tentang insan yang bergelandangan. Kebanyakan mereka mempunyai keluarga tetapi mereka disisih atau tersisih disebabkan kekurang yang dimiliki. Sedih.

Mengingatkan ini, saya juga pernah mengabaikan tanggungjawap saya sebagai anak terhadap ayah saya selama 5 bulan. Saya meninggalkan rumah. Pada zahirnya orang lain nampak saya seorang anak yang zalim, meninggalkan seorang ayah yang uzur. Di dalam hati saya, tuhan sahaja yang mengetahui. Saya rapat dengan ayah. Mustahil saya sampai hati meninggalkan ayah saya. Saya rindu ayah saya....


Saya cuma jauhkan diri hanya sementara sehingga hati ayah dan keadaan menjadi sejuk. Saya balik jauh malam bukan berpoya-poya tetapi mencari pendapatan lebih. Ketika itu, saya bekerja sambilan selepas waktu pejabat. Saya cuma berehat sehari dalam tempoh 2 minggu. Saya tak punya masa yang banyak diluangkan untuk Mak dan Ayah. Saya keluar bekerja seawal jam 6 pagi dan pulang seawal 11 malam setiap hari. Saya sangat letih. Prestasi kerja saya juga menurun. Saya tak dinaikkan gaji selama 2 tahun. Hanya Allah yang tahu kekuatan saya waktu itu. Lebih menyedihkan dalam sejarah hidup, saya tak pasti mana datang cerita-cerita tak baik tentang saya sampai ayah menjadi sangat marah dengan saya.
Ayah suruh saya pergi.... Saya berpindah bersama Mak dengan harapan ayah akan terima saya semula. Alhamdulilah, selepas 5 bulan ayah dapat terima saya. Saya bawa ayah tinggal dengan saya kerana keaadaannya semakin uzur. Mudah untuk saya mengurus kedua-duanya walaupun tak sempurna. Pada masa itu, saya masih bekerja sambilan dan masa yang sedikit untuk Ayah dan Mak.
Ayah pergi mengadap Ilahi dibawah jagaan saya dan Mak. Kali terakhir saya duduk bersama-sama Ayah ialah sewaktu saya menemani arwah makan. Saya mengusap tangan Ayah yang memberi isyarat saya sayang ayah dan mohon maaf atas segala kekasaran saya. Mata Ayah dah tak nampak untuk lihat saya tapi menggangguk-angguk kepala menandakan dia faham maksud perbuatan saya. Selepas itu saya hanya berkesempatan menjengok ayah tidur dibilik sebelum dan selepas kerja. Mak, terima kasih kerana membantu saya menguruskan ayah sepanjang ketiadaan saya dirumah. Sekarang saya dan suami menjaga Mak. Saya tak sesibuk dulu.
Alhamdulilah.... Mak Ayah saya memilih saya untuk menjaga mereka dan membela nasib orang tua saya. Saya tak berharta tapi saya berasa puas dan tenang biar pun saya tak disukai hingga kini kerana pernah mengabaikan Ayah.

"Ayah, maafkan Wa sebab tak sempurna jaga Ayah. Mak, Wa akan cuba yang terbaik balas jasa baik Mak".

November 5, 2013

Salam Maal Hijrah

Selamat tahun baru. Masa hari ni seperti biasa dihabiskan di rumah. Sejak kemarin, cuaca badan tak berapa baik. Bermula dengan gusi bengkak, bawa ke selsema dan selama hampir demam. Hasilnya, plan untuk mengemas barang dan projek menjahit ditunda ke hujung minggu ni. Kebun kami pon saya tak kemas dan bersih. Kesian mereka.... sabar la ya. Tunggu la ayah bersih. Cuaca lembap menyebabkan saya juga lembap.

Kali ni banyak pula masa untuk tonton tv. Apa yang saya dapat? Kenapa Islam selalu dipandang serong... kebanyakan penganut Islam hari ini hanya Islam pada nama dan juga dokumen tetapi hati, perasaan, amalan mereka bukan Islam seratus peratus. Ciri-ciri Islam ialah bijak, lembut, sopan, bersih... Segelintir bukan Islam tertarik dengan Islam selepas mereka jumpa orang Islam yang sebenar. Semoga saya suatu hari nanti, saya menjadi orang Islam yang sebenar.. yang mengamalkan Islam yang sebenar. Amin. Sedikit demi sedikit.. lama lama jadi bukit. 

November 4, 2013

Raqib Majid

Sumber: Google

Siapa dia ni? Mulanya, jawapan saya ... entahlah. Saya tengok kat tv semalam. Dia mengaji, membuatkan saya terdiam sekejap. Menarik untuk saya cari maklumat lanjut tentang dia pagi ni. Fahrur Raqib Abdul Majid. Sedap nama awak, dik. Bekas pelajar AF9. Saya agak rabun dunia hiburan. Semoga awak jadi bintang tak tak henti bersinar, dik.












November 1, 2013

Jam 7 pagi

Sumber: Google.com
Bangun pada jam 7 pagi... ada yang kata awal lagi. Dan sapa-sapa yang malang, dah lewat!. Sayalah yang tak bernasib baik tu hari ni. Lewat... ya, saya dah lewat! Jangan nak salahkan jam sebab dia dah buat keje dia tepat pada masa 4:50am. Tengok, betapa lamanya tuan punya jam ni syahdu melayan mimpi indah. Tarik selimut balik kan. Ofis bukannya dekat tapi nun jauh sana. Makanya.. sampai ofis jam 9:35am. Nasib baik tak bertembung dengan tuan punya ladang.
Hari ni saya diuji dengan kelewatan dan sakit gigi yang melampau sampai tak boleh nak tumpu kat kerja. Saat ini, sakitnya... rasa nak cabut je. Dah 3 kali kumur dengan cecair cuci mulut. Tak mengurang sakitnya. Sakit sampai ke kepala. nak menangis pon ada. Makan pun susah dan jadi tak sedap. Semoga Allah mengasihi saya... andai kata gigi ni cabut, maka permudahkanlah. Jika tidak, cepatkanlah sakit ini pergi.

Sumber: Darussyifa.com

Amin.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...