February 27, 2015

Hari Lahir Cinta Abadi

Cik Diari Maya Saya,

September 2012


Tak lama lagi hari lahir cinta saya dengan Tok Siak. Bila tertengok gambar-gambar yang lepas, terlintas yang kami dah lama tak jalan-jalan makan angin berdua. Sejak dua tahun ni, hidup kami sibuk samada aktiviti bersama dan aktiviti masing-masing. Ada perancangan tapi belum ada kesempatan. Bila agaknya ya?

February 25, 2015

Saya kembali

Cik Diari Maya Saya,

Seminggu saya tak cerita apa-apa. Berehat dari buat kerja-kerja ofis. Tak dapat nak bersiaran dari rumah sebab liputan tak lancar sejak 2 minggu lepas. Sepatutnya semalam dah mula kerja, tapi terlajak cuti. Boleh pulakkk.
Cuti yang tak kemana-mana. Sibuk juga dengan kerja-kerja rumah. Jadi surirumah seminggu penuh. Masa cepat berlalu. Tau-tau dah seminggu. Tak banyak target kerja-kerja yang dirancang sepanjang cuti dapat saya buat. Tak apa... sekurang-kurangnya saya dapat rehat.  Hari ni... semangat baru buat kerja ofis selepas cukup rehat.
Aktiviti yang agak menarik cuti kali ni ialah buat bantal kekabu dan belajar buat bantal cengkam. Catatan lepas saya ialah kain belacu. Atas sebab inilah yang saya terborong 36 meter kain belacu. Selain dijual, ia untuk kegunaan sendiri.


Sebenarnya dah lama mengidam nak belajar dari Mak Teh saya. Ilmu nenek moyang. Harus tahu. Lepas pandai buat bantal, boleh buat tilamnya. Dah berjaya siap bantal cengkam, akan saya catatkan. Insyallah.

Seisi kelas Guru Bantal Cengkam

Sekian.





February 16, 2015

kain belacu

Agak payah sikit nak jumpa kain ni. Saya jumpa Sabtu lepas. Borong terus sekayu. Nak pakai sendiri dan nak buat jual katanya. rm4 semeter ok tak Cik Diari? ;)




February 13, 2015

Dia Pergi Tak Akan Kembali

12 Feb. 2015..... 



Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan"

“Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia"

“Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur"

“Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat” 

“Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati”

- Dr Zaharuddin Abdul Rahman


February 11, 2015

Peristiwa hari ni

Cik Diari Maya Saya,

`Peristiwa'... dah lama tak guna perkataan ni. Klasik bunyinya. Minggu ni dah mula mood cuti raya... mereka la, bukan saya. Cuma tumpang meriah cuti saja. Hari ni pengumuman rasmi cuti sempena menyambut tahun baru cina. Jumlah cuti tahun ni ialah 7 hari. Ofis tutup 18 hingga 23 Feb. 17 Feb temujanji Cik Cha dengan pakar tulang. 18, 21 dan 23 Feb pula cuti tahun terpaksa. Hmm.. nampaknya hutang cuti lagi tahun ni la saya Cik Diari Maya. Pejam jeeeee. Cuti memang sedap.



Sekian.

Sila jamu tengok

Menu kita-kita makan...

9 Feb. 15
Isnin 

Hari ni kurang selera masak sebab sejam menunggu Tok Siak ambil kat stesen komuter. Tok Siak cakap... kita makan maggi je la. Hehhehh. Memang dah seminggu dia minta saya masak maggi. Teringin katanya. - Maggi kari dengan telur pecah.




10 Feb. 15
Selasa 

Menu Tok Siak juga. Gini ler gaya makan bajau laut.... ikan bakar atau goreng dah cukup. Saya suka juga. Mudah... tak perlu santan bagai. - Ikan cencaru sumbat dengan sup sayur sawi dan cicah kicap.





11 Feb. 15
Rabu


Tok Siak cakap, hari ni tak sedap. Ikan pucat! Saya cakap, Jap lagi saya letak pewarna merah, hijau, biru.... ke awak nak kaler apa? Belum makan dah cakap tak sedap. Bikin panas. Makan pun main cuit-cuit je ngan ikan tu. Hahahaha. Mereka jadi mangsa percubaan menu baru- Ikan kukus dengan sayur kacang goreng belacan. Saya tak ada idea nak dimasakkan apa ikan kerisi ni. Ikan ni stok minggu lepas. Stok minggu ni ada juga. Nak disambal berladokan... nanti mereka bosan pulak dalam seminggu ada 2 sambal berlado. Menu ni saya rembat dari Kak Azlita. Saya memandai tukar ikan saja. Mana tau sedap kalau pakai ikan kerisi... hmmmm tak berapa sedap. Mungkin kalau ada daun ketumbar lebih sedap. Kedai pulak tak nak amik daun ketumbar. 




12 Feb. 15
Khamis



Menu ni atas permintaan Tok Siak.... ikan goreng dengan cicah kicap dan sayur goreng sawi. Telur dadar tak boleh tunaikan sebab stok dah abis.


13 Feb. 15
Jumaat

Hari ni gantung kuali. Moh kita makan tomyam kat Afaria, katanya.
Sumber gambar: En. Google





February 9, 2015

Setengah hari

Setengah hari, hari ni saya dilanda kemengantukkan tahap gaban sampai otak jem. Bangun jam 5 tadi untuk cuci baju dan panaskan lauk semalam. Boleh bawak bekal sarapan. Menu semalam ialah nasi ambang tanpa serunding kelapa. Ayam masak kicap, mee goreng Sabah dan Sambal goreng jawa. Lain masa, dicukupkan sifatnya... insyallah. Menu kegemaran saya & Tok Siak walaupun kami tak ada darah Jawa :)


February 8, 2015

Nasi Tomato dan Projek Uncang

Cik Diari Maya Saya,

Petang Sabtu kembali lagi. Hari ni sampai rumah jam 4:30pm. Rancangnya nak masak Nasi Tomato. Macam tak sempat je. Oleh kerana bahan-bahan dah cukup sifat, gigihkan juga. Mula bersilat kat dapur jam 5pm. Satu setengah jam kemudian, siap masak.  Nasi tomato dengan satu lauk je, Ayam Masak Merah. Jadi ler untuk percubaan kali pertama ni. Saya berpandukan resipi Kak Azlita Masam Manis lagi. Macam suka pula selak buku resipi Kak Azlita. Percubaan yang selalu berjaya. Alhamdulilah. Resipi yang tak terlalu fancy, atau biasa cakap, bahan-bahan yang agak mudah diadakan. Lepas ni boleh buat berkali-kali-kali-kaliiiii. Cik Diari Maya boleh lah cuba ya ;)

Jemput makan!

Sepanjang malam Sabtu ni, masa saya banyak habis dengan buat sample uncang yang tertangguh lebih seminggu. Bila dah siap, macam teringin nak iklankan situ sana sini. Dah lama tak masukkan iklan dalam Mudah.com.my dan kemaskini blog uncang. Banyak lagi kerja yang patut saya kemaskan untuk Projek Uncang ni. Hmmm.. Projek Uncang, boleh jadi tajuk baru untuk blog. 12:27am sekarang, macam-macam idea masuk. 


Harga: rm1.20

Sekian.

*****


2:35 pagi Ahad…

Saya masih belum tidur. Nanti siang, apa agaknya nasib saya yang tak cukup tidur. Sementara belum lelap, baju basuh la jawapnya. Sambil tunggu mesin siap cuci, reboot handphone Tok Siak dan solat…

Mula hari ni telekung pemberian Kak Ida bertukar syif dengan telekung pemberian arwah Ayah. Bila pandang telekung lepas selesai solat, teringat arwah Ayah. Tahun ni tahun ke-6 Ayah dah kembali ke pangkuan Maha Pencipta. Telekung ni semakin uzur, maklum ler hampir 10 tahun berkhidmat. Insyallah, saya guna dengan jimat cermat sebab tiada lagi telekung pemberian Ayah. Semoga Ayah dapat pahala setiap kali saya gunakannya. Wa rindu suara & tawa Ayah, terasa baru je Ayah pergi. Dah lama tak jenguk `rumah' Ayah. Insyallah, Wa lawat Ayah bila ada kesempatan. Al-Fatihah untuk Ayah… juga Mak, iaitu ayah LD saya.



Sekian.

February 7, 2015

Mak sentap sikit je nakkkk...

Luahan rasa melalui perkataan...

Bila menaip ayat-ayat yang tak berterus terang tentang status emosi pada masa itu, ayat-ayat kita jadi samar-samar pada pembaca. Kata-kata dari jari jemari tak sama dengan kata-kata dari mulut. Bagi saya, kata-kata dari jari tak ada intonasinya. Kita tak tahu ayat-ayat yang di baca tu berbaur samada suka, gembira, sedih atau tak suka. Terpulang pada pembaca mentafsirnya. Kalau kita positif, maka positiflah penerimaan dan bunyinya. Dan sebaliknya. Jadi sebelum tersentap dengan penulis/ penaip, lebih baik bertanya terlebih dahulu sebelum menonjolkan kesentapan pada beliau. Andaikata silap sentap... diri sendiri yang malu dan rasa bersalah kemudian hari nanti. Pada diri saya dan penulis/ penaip yang bakal meluahkan emosi, semoga berterus terang tentang emosi anda pada masa itu agar pembaca tak salah sentap. 

Teguran saya untuk mengeratkan silaturrahim, tak akan saya biarkan kamu `tarik-tarik rambut', dendam dan benci dia. Bila kita berada di tahap selesa, jangan pinggirkan mereka yang berada di 'tak berapa nak selesa'. Jangan lupa... bila-bila masa keselesaan kita boleh ditarik balik. Biar kamu tak suka saya sampai bila-bila, janji kamu berdua baik-baik saja. Peace!. 


Menu semalam: Kembong masak kicap & Sayur campur

February 6, 2015

Kerja-ya 8: Garis panduan

Cik Diari Maya Saya,

Semalam tak ada post sebab kurang bahan cerita dan banyak sikit kerja. Malu-malu kucing pulak asyik cerita tentang makan. Maka, saya kumpul sekali.
Info tugas pelukis pelan paip: Salah satu tugas penting pelukis pelan paip macam saya ialah memastikan barang-barang seperti pemasangan meter air, dilukis mengikut garispanduan pihak berkuasa seperti Bomba dan Syabas. Diorang buat garispanduan ni sebab untuk kebaikan pengguna juga. Kekadang je macam menyusahkan. Kalau nak paip yang dipasang tu diluluskan, maka kena ikut garispanduan mereka. Terpulang pada kontraktor. Degil.. tak nak ikut? Sampai bila-bila pun  tak dapat kelulusan. Nak suap rasuah? ... Mau jadi tupai ler tuuuu, lambat laun jatuh ke tanah juga. Atau hidup tak berkat.

Yang terkini sahaja!

Cerita makan: kemarin menu datang dari peti beku. Bila dikumpul lauk pauk yang tak habis semalam punya semalam punya kemarin, maka terhasilnya 1 set menu makan malam. Tak terbuang dan jimat masa memasak dan penyelamat dikala tak sempat masak. Menu malam tadi ialah ikan goreng berlado & sayur campur goreng. Menu ringkas diperlukan sebab 30 minit lewat sampai rumah atas urusan pos laju. Teringin nak makan ikan kecik-kecik katanya. Alhamdulilah.... dipermudahkanNya rezeki kami sekeluarga.



February 4, 2015

Mee goreng dan ikan susu bakar

Kehidupan semalam saya lalui macam biasa. Aktiviti pagi dengan cuci pakaian.. masak sarapan dan persiapan menu tengahari. Sarapan semalam ialah mee goreng Sabah. Tak berkesempatan nak snap gambar sebab masing-masing tak sabar nak makan. Dah lama tak masak mee ni. Mee dan kicap pekat wajib diimport dari Lahad Datu. Mee goreng ni sarapan wajib bagi keluarga kat Lahad Datu. Gerai/ restoran kat negeri lain tak ada dapat mee macam ni... hanya di Sabah bhaa.

Sumber: Blogger 

Menu tengahari ialah ikan susu bakar, tempe sambal berlado dan kangkung goreng belacan. Ikan bakar lagi sebabnya tetamu kami ialah adik beradik sendiri.... orang Lahad Datu. Misti rindu masakan kampung. Lagi, tak mungkin bakar ikan di dalam apartment. Ikan susu ni sangat sesuai dibuat bakar. Rasa & ciri-ciri fizikal macam ikan terubuk. Jadi, hati-hati bila makan sebab banyak tulang-tulang halus. Macam tu kalau masak asam pedas sedap ler kan. Cer try... cer tryy

Ikan Susu. Sumber: Blogger

Gambar gegar. Makan malam... versi panas semula

February 3, 2015

Semalam..

Isnin... penghuni Wilayah Persekutuan cuti sebagai ganti cuti yang jatuhnya semalam. Sepatutnya aktiviti pagi saya ialah mengecat gril. Aktiviti ni batal sebab Tok Siak minta tunda cuti Tahun Baru Cina nanti. Baiklah... patik junjung titah ;)

Jadi, kebanyakan masa pagi dihabiskan kat dapur, iaitu menyediakan bahan-bahan masak untuk minggu ni dan cuci pakaian. Tugas dan tanggungjawap seorang suri. Alhamdulilah, kali ni melaksanakannya dengan tenang tanpa memikirkan kerja-kerja ofis. Tak banyak kerja kat ofis minggu lepas.

Semalam masak apa? Menu kita-kita makan ialah ikan sumbat dan sup sayur. Ikan sumbat lagi... atas pemintaan Tok Siak. Sup sayur, saya yang teringin.




Aktiviti petang sebelum waktu Asar ialah rehatkan diri dengan tidur. 3 jam juga terbabasnya. Sejak kemarin, terasa hawa sejuk dan nyaman. Hehehh... sesuai sangat. Air paip macam air dalam peti sejuk waktu pagi dan malam. Grrrrrrrr.... Apapun, Alhamdulilah. Jarang-jarang dapat cuaca macam ni.

Aktiviti terakhir sebelum bercerita  di sini ialah menjahit jubah. Setakat 75% siap. Cukuplah, simpan sikit untuk siang atau malam nanti. Dah lama tak menjahit baju sendiri. Lupa mana letak pola... kain dah naik berhabuk.



Setakat sini laporan kerja semalam. Dah jam 3:30 pagi. Nanti siang ada tetamu. Tok Siak siap berdengkur dari tadi. Tidur awal dia... letih katanya. 

Sekian.

February 2, 2015

Nasi minyak

Teringin nak makan nasi minyak katanya. Juga nak habiskan stok basmathi. Dah dekat 2 bulan tersimpan. Selain aktiviti memasak, cuti Ahad saya habiskan masa dengan rehat dan mengemas laman. Tiada kesempatan untuk aktiviti menjahit.

Kali nasi minyak saya gandingkan dengan daging masak hitam dan acar timun. Nasi minyak dan daging masak hitam saya berpandukan resipi Puan Azlita Masam Manis. Resipi yang sangat baik untuk dipraktikan. Terima kasih, Kak Azlita.

Bahan-bahan Nasi Minyak


Bahan-bahan Daging Masak Hitam

Siapppp.....

February 1, 2015

Bubur nasi & stok berbulan-bulan

4:00 pagi Ahad.

Orang sebelah dah sedap berdengkur. Tidur awal sikit dia hari ni seba letih katanya. Saya pula tak boleh nak lelap, mungkin teruja sangat sebab boleh duduk rumah 3 hari. Cuti sempena Hari Wilayah dan Thaipusam. Cuti kali ni agak tenang sebab tak terikat dengan projek tempahan menjahit. Jadi rancangan nak jahit beberapa jubah sendiri, sehelai jubah Tok Siak, jahit semula mana-mana baju & seluar yang jahitannya tertetas dan beberapa uncang untuk kasut. Dah lama tertangguh. Lagi, nak cat semula grill pintu dan tingkap. Sempat ke? Insyallah. Projek merayap…. Tak ada. Malas.

Menu kita-kita makan semalam ialah bubur nasi berisikan daging dan ikan bilis dengan hiasan bawang goreng dan daun bawang. Bawang goreng, buat sendiri sebab lebih wangi dan terjamin keasliannya. Teringin nak makan bubur nasi gara-gara Khamis lepas Tuti bagi rasa bubur nasi ayam.



Lagi cerita hari Sabtu….. saya rasa bulan ni bulan Sabun Cuci Baju. Saya borong berjumlah 9kg sabun serbuk Power Wash dari Cosway. Sejak hampir 2 bulan lepas, saya cuba 2 jenis serbuk cuci pakaian. Kao Attack dan Power Wash. Saya cuba tukar dari jenama yang biasa gara-gara Wendy tegur baju saya bau busuk hapak. Malu weiii.. Tok Siak pun mengiakan juga. Hmmmm… sian orang sebelah saya dalam tren Komuter atau dimana-mana. Bau tak menyenangkan ni sebab pakaian tempoh rendaman dah terlebih (maklum lerrr… heheh) dan juga tak cukup kering disebabkan keadaan lembap musim hujan. Kedua-duanya lebih baik dari jenama biasa. Tak ada atau tak ketara bau hapak.
Seisi stok kali ni saya pilih produk Cosway sebab ada jualan harga rendah. Rezeki Cosway. Saya stok sabun cuci pakaian ni untuk tempoh 9 bulan akan datang. Sebulan, sekilo. Selain, saya juga stokkan cecair cuci pinggan mangkuk. Katanya, 4 kali lebih kuasa dari jenama biasa. Maknanya, 1 botol produk Cosway bersamaan 4 botol produk jenama biasa. Tapi saya guna 2 kali lebih kuasa dan 1 botol katakan saya guna 3 minggu. Saya stok 4 botol, jadi saya boleh guna dalam masa 24 minggu. Jadi, semoga saya berjaya jadi pengguna yang berhemah.



Sekian.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...