March 31, 2015

Abang besar (3)

Hari ni saya kembali ke pejabat. Abang saya dibenarkan pulang ke rumah selepas 6 hari di hospital, maknanya dah 3 hari ada kat rumah. Semalam ada temujanji check up dan buat temujanji untuk checkup akan datang. Sakit kepala bagai nak pecah kepala yang amat masih lagi. Kesan ubat. Saya hanya mampu simpati dan memberi semangat.
Pengajaran sepanjang berada di hospital dan menjaga orang sakit.... Alhamdulilah. Allah masih memberi saya peluang untuk berada dekat denganNya. Dugaan sakit adalah peringatan kepada saya yang masih lalai. Dugaan sakit adalah tanda untuk memulakan pembersihan hati dan tingkah laku. Mengendalikan orang sakit memberi peluang kepada saya untuk menambah pelaburan akhirat tanpa wang ringgit selain mengenal peribadi Hospital Sg. Buloh yang agak mesra dan bersistem. Ramai yang tak merebut peluang percuma ini kerana katanya menjaga orang sakit adalah sesuatu yang merugikan... masa dan tenaga.
Terfikir juga, suatu hari nanti jika berpeluang... saya ingin luangkan masa membuat kerja-kerja kebajikan menjaga membantu orang sakit di hospital sebab ada orang sakit kategori perlu-bantu tiada penjaga atau penjaga tak selalu disisi. Apa pun, syukur juga kerana Allah selalu melancarkan urusan sepanjang saya bertugas.

March 27, 2015

Abang besar (2)

Sepanjang minggu ni, jadual hidup agak padat. Agak keletihan berulang alik hospital, tempat kerja dan rumah. Hari ni saya mula kerja selepas 4 hari cuti. Hari ni saya mula sejam awal dan langkau waktu rehat untuk kembali ke hospital jam 3 nanti.
Saya tak pasti keadaan abang saya selepas ini. Kini, dia pengidap kencing manis dan darah tinggi. Dilema menguruskan kerja, rumahtangga, Abang dan Mak. Semoga Allah memberi saya kesihatan yang baik, sabar dan ketabahan. Terima kasih pada Tok Siak yang selalu memahami, menyokong dan membantu.

March 26, 2015

Abang besar saya

Cik Diari Maya,

Lama tak bersiaran. Setiap kehidupan sebagai hambaNya, kita tak lepas dari diuji. Ujian ketetapan hati kita terhadapNya juga pembersihan diri.
Selang kurang sehari seminggu saya menguruskan Cik Cha di Hospital Sg. Buloh, saya menguruskan abang saya, Zul. Pendarahan otak kesan tekanan darah yang terlalu tinggi. Young hypertension. Mujur dan bernasib baik Zul tak stroke (... suatu keajaiban) dan mampu lalukan aktiviti asas walaupun lemah dan dalam ingatan agak perlahan. Stabil tapi serius. Alhamdulilah. Semoga abang saya dapat kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.



March 18, 2015

Jalan Taubat

Cik Diari Maya,

Semalam saya cuti keje. Bawa Cik Cha ke Hospital Sg. Buloh unttuk temujanji yang ke-3. Temujanji yang terakhir. Alhamdulilah.. berakhir hari-hari berat, katanya. Simen dah tanggal. Bebas. Lebih kurang setengah urusannya. Balik rumah dengan kelaparan... tuang sarapan pagi ke makan tengahari. Menu: Ikan kicap kemarin & roti telur. Siap makan, kita rehat dulu.... zzZZzzzzZz sampai jam 3. Rehat yang tuang atas tuanggg..

Sehari dua lepas saya ada tonton cerita Jalan Taubat. Keinsafan dan penyucian diri. Kita akan berjaya dunia & akhirat jika sentiasa mengingati kematian. Kasih sayang seorang ayah... teringat juga Arwah Ayah. Al-Fatihah. Mujur ada sahabat yang muat naik berkongsi...


March 13, 2015

Kuang-Cheras: Travelog Cinta Abadi

Sejak 2 minggu lepas saya kembali membaca dalam perjalanan Kuang-Cheras. Bertukar angin daripada main Candy Crush. Sekarang kat level 815... tiba masanya untuk diperlahankan aktiviti mencandycrush. Dalam masa 2 minggu, saya berjaya habiskan 2 buah buku... kisah benar pengalaman hidup penulis. Puan Roza Roslan.



Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu.... Perkongsian pengalaman hidup penulis dari kanak2 hingga remaja dalam suasana kampung. Berdikari, menerima & menikmati rezeki seadanya. Usaha & ketabahan mrnghadapi keperitan. Pengalaman yang membina prinsip hidup.

Travelog Cinta Abadi: Perjalanan menuju dewasa.... Perkongsian pengalaman hidup dewasa penulis di luar kampungnya. Penyesuaian budaya, adat, cara hidup bila berada di tempat orang tanpa mengabaikan adat budaya & agama. Penuh rasa syukur. Pelajaran di zaman kanak-kanak dan remaja dijadikan panduan.

Saya niat tidak mahu menyimpan lama buku-buku ni. Buku-buku yang sekali dua saya baca. Saya ingin jual kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan buku ni pada harga yang lebih rendah. Alasan saya: Pertama, perkongsian ilmu hidup.. ilmu yang baik. Kedua, pada seseorang yang ada sedikit minat mengarah ke kebaikan hidup seperti saya.. boleh dapatkan buku ini dengan modal yang agak rendah. Suntikan minat kepada kebaikan dan membaca. 

Jadi, harga jual seperti dibawah:

Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu ..... rm9.50 (harga asal:rm19.90)
Travelog Cinta Abadi: Perjalanan menuju dewasa ..... rm9.00 (harga asal:rm19.00)

Sekian.

March 12, 2015

123 !




Syukur Alhamdulilah. Sudah 5 tahun simbol ingatan cinta dan kasih sentiasa bersama berada di situ. Tak akan dipisahkan selagi hayat dikandung... insyallah.

Harapan Semoga tahun ke 6 dan tahun-tahun seterusnya kita semakin serasi, cinta & kasih.... dibawah lindungan cinta kasih Ilahi.

Penghargaan Terima kasih Allah... kerana memberi nikmat yang terbaik kepada saya dan kami. Terima kasih Keluarga... Mak & Inak kerana memahami kami, memberi peluang kepada kami untuk berkasih sayang. Semoga saya diizinkanNya memberi cucu/ cucu-cucu pada tahun ke 6 ini. Terima kasih Sayang.. sayang saya yang comel sangat ni, terima kasih banyak-banyak sangat-sangat selalu sabar, membantu, menyokong dan memahami isterimu yang satu ini.


March 9, 2015

Jaga adab

Cik Diari Maya saya,

Rutin kehidupan saya kadang kala terusik dengan gelagat dua orang kawan. Gelagat yang nampak ketara sebabnya mulut saya akan mengadu cerita mereka pada Tok Siak. Kalau mulut ni tak berbunyi, maknanya hal kecil saja. Kawan-kawan yang kurang menjaga adab bila menjadi tetamu dan bekerja. Saya berfikir, mereka ni kurang didikan atau sengaja. Kalau nak ikutkan hati, ringan mulut/ dan gerak badan ni menegur perbuatan mereka. Fikir balik, tersinggung dan akan mengugat hubungan nanti; dan akhirnya, cap diri sendiri sebagai Saya jahat sebab mulut jahat! Teknik teguran saya tak kena pada sasaran. Keputusan muktamad: diam dan tengokkan saja!
Adab sebagai tetamu... Teringat masa kecik-kecik dulu sebelum masuk ke rumah tuan rumah, Ayah dan Mak berpesan jangan nak macam-macam kat rumah orang. Maksudnya, antara perlakuan yang perlu dijaga ialah jangan usik barang.. jangan jelajah satu rumah terutama bilik, jangan buat rumah orang macam rumah sendiri dan hormati tuan rumah sekeluarga. Kadang-kadang terlanjur juga, akibatnya kena ketil masa tu juga dan kena marah kuat-kuat bila sampai rumah. Hasilnya, pengajaran berkesan hukuman ni mengingatkan saya supaya tak terlanjur gedik kat rumah orang.
Adab sebagai pekerja... jangan suka sibuk hal peribadi kerja orang. Kalau masuk bilik/ meja kerja orang... mata, tangan dan kaki jangan nak macam-macam. Habis tujuan, cepat-cepat balik ke tempat sendiri. Bos panggil kawan mengadap, kita jangan sibuk. Kawan isi borang cuti... itu hak dia. Jangan sibuk-sibuk tanya... komen itu & ini. Jangan banyak cakap... gosip. Nak gosip sangat?... Tanya & Jawap sendiri!

Itulah ragam kehidupan saya...

Sekian.


March 7, 2015

Bonus kehidupan


Cik Diari Maya,

Alhamdulilah. Saya masih sibuk menyiapkan projek uncang terkini. Setakat ni lebih kurang 55%. Tak larat buat banyak dalam hari-hari kerja. Letih. Insyallah harap2 dapat buat banyak peratus hari ni. Saya ada baki 2 hari ni saja. Jadi, selepas cuti seminggu ni saya agak sibuk.
Alhamdulilah... rezeki penat lelah bekerja dalam tempoh setahun. Saya perlu ingat, rezeki ni mungkin dipinjamkan sekejap. Saya sedang diduga... bagaimana saya membelanjakan kurniaanNya. Bila-bila masa, Maha Pemberi boleh tarik balik. Jadi, saya perlu berpada-pada dan berkongsi nikmat pemberian ini. Jiwa perempuan tak dapat lari dari pantang nampak. Bila dah nampak, membuak-buak nak beli. Nafsu godaan syaitan. Pada saya, saya layan dulu mata dan nafsu tengok dan belek. Saja dera jiwa. Hahaha.. Bila kaki, tangan dan mata dah mula penat, tandanya seisi layan nafsu dah cukup. Jom kita ke surau... kita solat dan istighfar banyak-banyak. Keluar surau, cari tempat makan yang sedap-sedap. Layan nafsu makan, tak apa. Bila dah cukup menggembirakan tekak dan usus, nafsu membeli dah reda dan tak perlu patah balik ke tempat beli belah tu. Arahkan kaki ke stesen komuter. Moh kita balikkkkkk!! Padan muka setan-setan yang cuba goda aku. Huahahahahahahaha. Kita selalu jadi mangsa syaitan, sekali sekala kita kenakan balik. Dalam membeli belah ni, Tok Siak memainkan peranan penting. Dia tolong pancong sebelum saya buat keputusan membeli. Biasanya dia cakap, tak perlu... boleh buat sendiri.. tak penting.. benda kan dah ada.. belum tentu guna nanti, saya akur. Alasan pada diri sendiri, Tok Siak tak kasi! Senang. Pancung terus. Itulah satu cara terbaik untuk elak poket bocor. Sesungguhnya dia memahami nafsu $$$ isterinya. Me aceh cayangg.

Cerita kambing2 kami di pagi Sabtu


Sekian.

March 2, 2015

Tugasan: 250pcs uncang

Isnin datang lagi. Alhamdulilah... masih berpeluang menghirup udara pagi Kuang hingga ke Cheras. Semoga hari ni berlaku dengan lancar. Jadual lepas kerja hari ni agak padat dengan hantar ke Klang 7 ekor kucing yang kami tumpangkan sepanjang Kakak balik Lahad Datu, dan menyiapkan tempahan uncang.
Alhamdulilah, rezeki kucing (rezeki anak tak boleh sebab tak ada anak).. saya sibuk menyiapkan tugasan uncang lace. Saya hanya ada lebih kurang 10 hari. Setakat malam tadi, 45% siap. Semoga saya sempat siapkan sebelum 9 hb. ni..... Insyallah

Sample siap

Laporan kerja: 28 Feb (10%)

Laporan kerja: 1 Mac (45%)


Kita perlu lalui hidup ni dengan penuh kesabaran. Sangat.. sangat sabar. Ingat dan dekati Allah selalu... Insyallah, kita dapat lalui ujian itu dengan baik. Pegang pada prinsip tentang janji Allah bahawa kemanisan diperoleh selepas di uji.


Laporan kerja: 9 Mac (75%)

Kali ni projek kali ni ditunda 2 hari dari tarikh tempoh sepatutnya siap sebab kesilapan dalam merancang tempoh dan faktor-faktor gangguan yang tak dijangka antaranya mesin jahit meragam, menerima tetamu dan tak cukup rehat. Pengajarannya, saya tidak akan mengambil risiko menjahit 200 pcs ke atas dalam tempoh kurang dari 2 minggu. Masa yang suntuk menghasilkan kerja yang kurang memuaskan.

Laporan kerja: 11 Mac (100%)




28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...