June 12, 2015

Minggu lepas dan minggu ni

Alhamdulilah... perjalanan hidup agak lancar tanpa ada masa pandang belakang yang negatif. Tak ada masa fikir hal yang bikin serabut dan membantutkan kemajuan diri. Senangkan dan lapangkan hidup. Tak perlu ikut tiru drama melayu yang penuh angan-angan kaya, dengki dan busuk hati. Yang perlu harus tengok ialah kuliah agama.
Dah lebih seminggu kot saya senyap. Kering idea tapi banyak cerita yang berlaku. Salah satunya, cuti makan-makan Kelantan-Terengganu-Pahang untuk 3 hari 2 makan. Konsep cari makan dan santai. Memang sendat perut. Misi cari makan yang jarang ada kat KL dan rasa original. Beli belah... tak la sangat. Masih banyak kain baju.

Kuih bakar, Bahulu

Sata

Celup Tepung

Nasi dagang & nasi kerabu

Sotong bakar

Ikan Patin gulai tempoyak

Balik dari bercuti, saya habiskan saki baki projek hantaran Kak Melna. Selesai sebelum masanya. Alhamdulilah


Lagi... ada 2 tugasan uncang.... 30pcs dan 100 pcs, yang perlu saya siapkan dalam masa seminggu ni. 

Lagi... ada 2 tugasan projek drawing yang perlu saya siapkan sebelum 15hb. Yang ni ofis baru punya kerja. Belum masuk keje dah buat keje. Belum kerja dah bagi laptop. Nak kira cam mana ni... cincai? Hmm.. kira ot je la ya bos. Tukar ngan cuti. Baru masuk tak ada cuti tahun kan. 

Mampukah saya siapkan semuanya dalam tempoh yang diberi? 

Insyallah.

Semoga saya tiada masalah kesihatan selepas demam semalam. 


June 5, 2015

Tukang Cucuk yang Busuk Hati

Dalam kehidupan kat dunia ni, pasti kita berhadapan dengan *TajukKatAtas*. Lemau saya nak cerita kisah sebenar *TajukKatAtas* yang berlaku hampir dengan saya. Cuma pendapat saya, macam mana nak menangani *TajukKatAtas*? 
Bagi saya, tak perlu beri layanan 1..2... 4, 10 bintang. Biar dia sendiri melayan diri. Lama-lama penatlah dia. Agak-agak kita tak boleh tahan, jauhkan diri. Biar kalah dulu. Pahala kebaikan dia, kita yang dapat. Daripada fikirkan apa yang perlu kita balas pingan magkuk sumbing dia, lebih baik buat tak tahu,  atau buat sesuatu yang mendatangkan kejayan dan bermanfaat pada diri. Pandang dan maju ke depan. Tak payah nak melayan beberapa episod lakonan *TajukKatAtas*. Kalau dilayan, kita termasuk dalam golongan cacat akal. Apapon, segala tindakan perlu waras dan berada dijalan yang di redai Nya. Insyallah, kebenaran akan diketahui.

Aktiviti malam tadi... buat sample. Cantik ke?

June 3, 2015

Tugasan: Hantaran tunang Merah Putih


Dah lama kering dengan tugasan. Sejak minggu lepas saya bersantai menyiapkan tugasan hantaran untuk sedara sebelah Tok Siak, Kak Melna. Jumlah set hantaran ialah 7 set. Barang-barang dah sedia, tugas saya cuma gubah dan tokok tambah sedikit barang aksesori. Jadi, tema & konsep hantaran adalah mengikut bahan dan barang yang disediakan oleh Kak Melna. Maka terjadilah seperti gambar di bawahh.....

Status tugasan hingga jam 2 pagi tadi ialah bekas hantaran siap sepenuhnya. Baki tugasan kini ialah menggubah barang dan gubah suai set-set hantaran.



Sekian laporan untuk hari ni ;)

June 1, 2015

Gangguan Isnin

Isnin... permulaan hari setiap minggu bagi kalander biasa. Dalam kalender Islam, Jumaat. Jadi apa2, sebolehnya mulakan & berbuat baik di hari Jumaat. Isnin, biasa orang akan tension... banyak kerja kat ofis dan macam2 hal yang kurang enak. Mind set dah macam tu. Cuba kalau kita set yang baik2... Insyallah. 
Oleh kerana dah mind set saya mood kurang enak hari ni.... sah saya agak tension. Pertama, diri terasa sejak kebelakangan ni Tok Siak cepat melenting. Dia kan bunting dinasour. Layan je laa. Hehehehhhh. Kedua, pagi ni Kak Ida tukar plan jadual ke Terengganu. Saya tak beritahu dia apa2. Saya salah? Come on laaaaa.... dah terang-terang dia setuju saya sebut tarikh booking homestay. Bagaimana saya selesaikan? Sedang mikirkan. Allah mendengar hambaNya. Kalau tak doa, macam mana Allah nak tolong. Candy crush... tengok video klip tak selesaikan masalah tapi doa. doa supaya setan yang mengganggu ni pergi jauh 

Image result for auzubillah minashaitan nirajeem
Saya berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam

dan "Ya Allah, permudahkanlah hari ni. Semoga Allah bagi petunjuk jalan penyelesaian tanpa dipengaruhi setan laknat.  



Sekian.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...