August 27, 2015

Perisa kasih sayang



Cik Diari Maya,

Kembali semula. Saya diselubungi sakit tekak dan demam. Semalam, dapat cuti rehat dari kliInik kesihatan. Alhamdulilah.

Dalam keadaan tak sihat, saya sempat mengadun tepung. Terigin nak makan donut. Hmmm... aktiviti masak bagi saya membentuk sifat ikhlas  dalam berbuat sesuatu. Apa yang saya alami... saya tak hasilkan masakan yang sedap & molek apabila saya dalam keadaan letih & emosi tak stabil.
Proses memasak kurang ikhlas. Masakan kurang rasa, kurang gebu dan lain-lain. Macam tu juga dalam kehidupan seharian. Hidup jadi molek & lancar kalau saya ikhlas.  Kurang "perisa kasih sayang"....

August 12, 2015

Tua

Cik Diari Maya Saya,

Kadang2 sampai satu tahap diri sendiri rasa dewasa sangat atau senang kata, tua; ialah malas nak bersosial. Dah hampir 2 bulan saya masih  tak turut serta budak2 ofis keluar makan tengahari dan bersenggang. Dah mula nak menua ;)

Dah lama nak masak nasi ayam. Cam sedap je tengok nasi ayam Kak Azlita. Apa lagi, siapkan semua bahan. Dan hari ni, Rabu, baru ada sempat untuk mengakibatkan makan tengahari dan malam Tok Siak dan Cik Cha. Saya? Menu sarapan dan makan malam tu pon kalau mereka berdua ingat saya lerrrr....

Persediaan menu hari ni... nasi ayam

August 10, 2015

Diam

Kesimpulan dari pelajaran hidup yang saya dapat dalam 3 hari ni ialah diam mulut & perilaku untuk elak disakiti & menyakiti orang lain.

Rutin petang hari2 cuti

August 7, 2015

Tak suka nyerrr






Saya mengingatkan diri supaya tidak menyimpan dendam benci terhadap orang lain. Cukup sekadar marah sekejap. Paling tak boleh buat ialah menampakkan benci di dalam rumah Allah dan benci yang membuta tuli akibat dengar fitnah ke atas orang yang baik. Jika saya sekali benci, 2 atau berkali ganda Allah & Nabi benci saya. Dibenci?.... apa yang boleh saya buat ialah jauhkan diri dengan waras dan bijak. Lambat laun, orang tu lupa dan elak saya-dia tambah dosa dan kurang pahala akibat ikut bisikan syaitan iblis.

Rindu mamak masak

August 6, 2015

Jujur

Hidup dengan jujur. Kalau tak jujur, maka hidup dalam serba salah dan serba tak kena. Lambat laun ketakjujuran akan terbongkar juga. Sapa yang susah? Mistilah diri sendiri dan mungkin libatkan keluarga dan keturunan. Contohnya dalam memegang amanah sebagai pemimpin. Jadi pemimpim ni berat tanggungjawap. Bukan saja mahkamah dunia, esok nanti mahkamah akhirat. Jadi, jangan ketepikan ciri2 pemimpin yang dianjurkan Islam. Kita banyak ketepikan ajaran agama... jauh menyimpang. Sebab tu keadaan hidup kita jadi tunggang langgang. Tak ada ketenangan dan tak selamat.


August 4, 2015

Jom masak: Kari tuna Indian style

Dah lama tak jamu tengok. Cerita kemarin. Dah lama teringin nak makan kari ala2 mamak. Bila google blog sifu, ada resipinya. Rezeki. Alhamdulilah.


Kari ikan tuna

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...