Sedekah. Dalam pelbagai bentuk.. wang, harta, kudrat? Saya akui sebelum ni saya kurang yakin dengan janji Allah. Tu masa kecik2. Bila semakin besar ni, saya memproses amalan sunnah dan kewajipan. Soalan2 yang biasa timbul, kenapa perlu buat, apa faedah yang saya peroleh..dan ye ke kalau ikut/ buat, tak akan rugi. Baca, mendengar, bertanya dan memerhati sekeliling akan menjawap dan seterusnya kesimpulan. Kenapa saya disyorkan bersedekah. Masa kecik2, slalu anggap asal sedekah, duit. Asal duit, sedekah. Orang banyak duit je boleh. Cam saya yang ada2 ni, mana dapat nak buat. Takut2 nak keluar duit. Bila baca slalu jumpa, semakin banyak sedekah lagi kaya kita. Hmm.. garu kepala. Dari situ, ada kesedaran untuk meneroka. Buat ujikaji. Sedekah mengikut kemampuan saya. Sedekah untuk membahagiakan hidup orang lain, yang kurang bernasib baik dari saya. Apa saya dapat? Saya dapat apa yang Allah janjikan. Alhamdulilah... semoga saya semakin kaya itu dan ini serta dijauhi kesempitan.
Sekian.