September 22, 2016

Cita-cita


Cita-cita saya sekarang ialah bekerja sendiri. Dah lama dok cerita2 kat blog cuma belum tiba masanya. Boleh mula sekarang tapi keyakinan berdikari belum ada. Apa yang saya buat sekarang ialah baca dan lihat pengalaman orang2 yang sedang berjaya, tips hasil dan meningkatkan kualiti produk selain berniaga secara sambilan. 
Secara sambilan, bijak urus masa. Bergerak secara sambilan ni macam dah 4 atau 5 tahun. Saya tak serius. Hasilnya, tunggang langgang. Ada yang siap ikut masa, ada yang tak. Tapi banyak yang saya mungkir. Serius, tak baikkk. Dengan kemudahan hidup yang Allah anugerahkan, semakin mudahkan ni, saya cuba yang terbaik baiki kesilapan dan kelemahan yang lepas. 

Ringkasan ilmu Berniaga setakat ni...

Salah satu sunnah.
Hasilkan produk berdasarkan apa yang kita suka.. minat.
Produk yang lambat atau tak basi.
Mulakan dengan modal yang ada walaupun sedikit. Elak berhutang modal.
Pamer produk dengan menarik untuk dilihat. Indah kabar, indah juga rupa.
Produk yang unik, yg tak rajin ramai orang yg nak hasilkan.
Stok sentiasa ada.
Ada bahagian daripada keuntungan untuk diinfaq selain zakat 




[Draft n Plot] [Butiq Unchang]

September 20, 2016

Ibu duit.. ibu rezeki

Lubuk duit... lubuk rezeki yang sebenar.  Mau kaya dunia dan akhirat, boleh ler amalkan cam ni. Ni tak tipu, betol tapi dengan syarat, buat betol2 dan ikhlas.


Sumber cerita: Mimi
orang-tua-kita-adalah-kunci-kepada-pintu-rezeki-kita

Salam. Aku mimi. 27 tahun. Aku cuma nak kongsi kisah diantara mak ayah aku dan opah aku.

Mak ada 10 orang adik beradik. Anak ke 5. Mak aku memang dh biasa susah. Mak aku ni boleh tahan gak dia skor masa spm. Tapi di sebabkan kesusahan hidup, habis belajar mak terus kerja sebagai kerani. Memang kerja kerajaan tapi bawah mak aku ramai lagi adik2 tengah belajar. Start dari hari pertama mak aku kerja,memang setiap bulan mak tak pernah miss bagi opah dan atuk aku duit belanja.

Aku tak lahir lagi time ni. Tapi opah yang cerita balik kat aku. Lepas beberapa thun kerja, mak aku pun kahwin dgn ayah aku dan kemudian atok aku meninggal dunia pada usia 50+.

Kehidupan mak ayah dulu tak senang. Ayah aku askar kerja luar negeri (ayah aku askar pangkat paling rendah).Lepas aku lahir baru kami tinggal bersama. Mak aku lah sorang2 jaga adik beradik lain kt rumah. Aku salah seorang saksi kejadian. Memang selalunya setiap bulan tak cukup duit. Mesti korek duit simpanan yg mak simpan sikit. Tapi mak tetap bagi wang belanja kat opah. Tak pernah kurang dari rm100. Kalau ada lebih bg lebih tp kalau tak cukup, rm100 tetap ada untuk opah di kampung.

Bila dah kahwin ayah aku pun macam mak aku. Memang tak pernah lupa pada ibu kat kampung walaupun ayah hidup susah(atok sebelah ayah aku pn dah meninggal). Memang dalam tempoh 7-8 tahun rezeki tak nampak. Tapi sepanjang hidup kami cukup makan pakai. selepas bertahun2 rutin ni jadi amalan mak dan ayah pada ibu mereka memang nampak rezeki mak ayah aku murah sangat.

Ayah dan mak dapat tunaikan haji, beli rumah, beli kereta. Walhal dulu mak ayah nak buat simpanan dari duit gaji pun belum tentu ada. Konsep mak ayah aku senang. Dapat gaji je pertama sekali cukup ke tak cukup opah mesti no 1. Lepastu selebihnya baru lah fikir hutang2 yg hendak dilangsaikan.

Aku dengan opah memang rapat. Kalau kami tidur sekatil jwapnya pkul 12 pn belum tentu tidur sebab kami akan menyembang sampai aku sendiri tertidur. Haha. Bila opah sebelah mak aku dah uzur, opah nak tinggal dengan kami. Adik beradik mak aku pun ada membantu kalau mak ada kursus opah tinggal sementara dengan mereka. Waktu tu aku spm. Aku tak duduk asrama,aku sek biasa. Kali ini wang ringgit bukan pertaruhan tapi tenaga dan kesabaran dalam menjaga opah. Mak aku adalah orang yang tak pernah mengeluh penat jaga opah. Opah pernah marah2 taknak pakai lampin. Jadinya opah aku berak merata dalam rumah. Kencing pun sama. Kat ruang tamu pun pernah. Ibarat kalau masuk je pintu rumah memang ada bau. setiap kali opah ke tandas lantai mesti kena mop. Sebab kencing tak lawas. (Tandas kt dapur tak ada dalam bilik). Nasib ayah faham dan tak pernah marah. Kami gilir2 mop lantai. Bayangkan sehari berapa kali kena mop gilir2.

Wang perbelnjaan opah tetap ada walaupun opah tinggal dengan kami. Saja mak aku buat begitu sekurang2nya bila mak aku tak ada duit boleh pakai untuk rawatan opah. Sepanjang menjaga opah, kami dimurahkan rezeki lagi. Mak ayah dapat naik pangkat. Daripada rumah kecil kami dapat pindah ke rumah banglo yang selesa. Tapi opah tak sempat merasa semua tu. Opah meninggal dunia sebelum rumah baru kami siap. Lepas opah meninggal, rezeki memang datang mencurah curah. rezeki datang tanpa di duga. Alhamdullilah. Dari kereta kecil dah boleh beli mpv. Adik beradik kami pun dimudahkan jalan untuk belajar dan mencari rezeki. Dan sekarang semua dah bekerjaya.

Bila difikirkan semula aku yakin inilah berkat menjaga orang tua. Kami dah terikut apa yang mak ayah buat pada opah. Setiap kali gaji tak pernah kami terlula bagi wang belanja pada mak ayah. Segala keinginan mereka kami turuti mengikut kemampuan. Kami adik beradik saksi kejadian betapa setia kasih sayang mak ayah pada ibu mereka. Kami sendiri berjanji pada diri kami yang kami akan layan mak macam mak dan ayah layan opah. First class punya.! InsyaAllah.

Pesan mak pada aku sewaktu opah masih ada. “Mak taknak cakap pada opah yg mak susah dan mak yakin mak tak akan jatuh susah kalau balas jasa opah dengan duit bulanan tiap2 bulan tu. Mak juga mampu jaga opah macam mana opah dulu susah2 pun mampu juga jaga mak”

Siri kegagalan

Sambungan cerita semalam....

Saya dah beberapa kali gagal menyiapkan projek mesin jahit pada tarikh yang ditetapkan dan projek drawing. Aturan jadual hidup tak dapat diurus dengan betul dan ikut kemampuan diri. Kurang sedar diri yang saya dah tak mampu nak buat semua sebab saya menjawat banyak jawatan kehidupan. Dalam keadaan gagal ni, ada keuntungannya juga. Saya sibuk menyenangkan dan menggembirakan hidup orang lain. Cuba buat sedekah. Kalau ikhlas, ada pahala. Insyallah. Sibukkan diri dapat mengelakkan kita dari fikir dan merancang agenda negatif. Apa penyelesaian yang boleh saya buat? Susun semula jadual. Ok, senarai kerja dan pertimbangannya, seperti kat bawah ni. Tak banyak, 4 je.

Tanaman kat Ofis

Tanggungjawap pada insan2: Yang ni agak rumit sebab mengelak tu umpama berkira, penting diri. Jadi, buat ikut kemampuan diri? Buat ikut siapa yang lebih penting, layak dan tujuan? Abaikan yang remeh temehkan keadaan dan tak masuk akal?

Projek mesin jahit: Panjangkan tempoh siapkan uncang? Berhenti sementara daripada ambil tempahan uncang hingga keadaan dah stabil? Berhenti ambil tempahan dan buat stok uncang?

Projek drawing: Kerja ni selalunya nak siap segera. Bikin hidup huru hara. Boleh ditolak kalau tak mampu nak buat.

Kerjarumah: Yang ni tak boleh elak. Hari2 dan setiap masa bila ada kat rumah. Nak uruskan 12 nyawa yang hidup sebumbung. Cuci, bersih, masak, sedia, mengemas. Kalau kat luar rumah, tugas membeli kelengkapan. Mujur ler Cik Cah bantu lipat baju, cuci baju sendiri, tolong cuci2 dalam seisi masak, tolong bagi makan kat 8 nyawa
 

Hmm.. 4 perkara dalam sehari, seminggu, sebulan.. setahun. Mendatang muka ijau bila Tok Siak tanya, apa awak buat? Jawapannya, buat tak tau jerrrrrr

September 19, 2016

Cicir Tak Dapat

Yang hidup yang sibuk.. tu saya. Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat. juga saya.

Sibuk. Banyak yang perlu diselesaikan. Kerja rumah, kerja sambilan.. kerja ofis. Tugas sebagai isteri, anak, adik, makcik, anak sedara, pekerja.. Kebanyakkannya perlu di selesaikan segera. Sekarang dah mula rasa penat.. letih. Nak rehat... wuaaaa. Ikut rasa, nak buat tapi badan tak mampu. Diluar kemampuan. Bila gagal, rasa bersalah. Perlu ada rombakan. Dah tiba masanya atur semula jadual hidup. Tak boleh tamak.

Sarapan pagi tadi.. mee goreng sabah Bahh

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...