February 21, 2017

Mana adilnya?

Salah satu Penawar yang saya cari...

Copy Paste dari anak sedara....



Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.

Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.

Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.

Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.

Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.

Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer.

Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.

February 19, 2017

Pertunjukkan

Awal hari ni datang tebiat bercerita. Agak letih semalam. Tempoh tido yang tak cukup. Maka, malam tadi tutup mata awal. Aktiviti semalam tak banyak sangat pon. Kenduri kawin & teman anak sedara beli laptop kat Digital Mall. Faktor umur. Kalau umur 20an, ujung jari je, sekarang lebih pada masa untuk berehat. Aktiviti kat keluar dah mula menyusut.
Info kembara kawasan sekitar Digital Mall.. nak makan sedap dan harga patut? Sila buat kunjungan di Pusat Penjaja Medan Ria. Tepi belakang Digital Mall.

Jalan 14/20 Section 14, Petaling Jaya
.
Apa yang saya fikir dan kaji sekarang? Kenapa ada orang tak suka saya.. lebih spesifik, tak suka sebab cemburu (perasannnn!). Hmm.. sebab tanya Tok Siak gak. Bukan main letak je perkaatan cemburu tu. Pas tu orang2 tu naik menyampah. Pada muka saya. Sebab utamanya ialah saya sendiri. Saya yang menampakkan emosi dan apa yang saya ada.. Samada niat atau tanpa niat.
Tok2 Guru dah pesan banyak kali, jangan buat pertunjukkan. Teknologi jadi pendorong saya buat pertunjukkan. Turutkan nafsu. Teruja sangat dengan facebook, blog, instagram, whatsapp.. dan lepas tu lupa nak tanya diri sendiri adakah bahan yang bakal di post akan mengundang bencana? Atau tutup mata je melayan nafsu pertunjukkan. Saya dah mula mengurangkan aktiviti pertunjukkan sejak post terakhir. Langkah berhati-hati. Tanya diri dulu, adakah post ni bakal buat orang sakit mata.. sakit hati?
Saya hanya kongsi bahan2 yang boleh jadi sumber inspirasi, info, ilmu yang bermanfaat. Insyallah. Semoga saya tak lupa. Hasutan setan memang nak menjahanamkan orang yang nak jadi baik macam saya. Hehheh...azam tu. Setan jahanam ni perlu dimaki baik2 bila mula cucuk jarum. Dua trick saya buat. Only me bagi post yang melayan kehendak setan jahanam. Yang pentingnya bila tekan enter, setan jahanam dah hepi. Delete bila emosi dah waras dan stabil. Sebelum send padam balik mesej sebelum send pas taip ayat setan cantik2. Misti setan jahanam sakit hati kan.... hahahaha. Biar penat menaip & perah otak buat ayat, asal tak undang bencana.
Kesimpulannya, semuanya atas diri saya dan kita sendiri, Kita sendiri yang kena sedar diri dan pangkah hasutan setan jahaman.



February 6, 2017

Kebahagiaan hidup


Jam terakhir hari bekerja bagi wanita bekerja. Menghitung minit-minit terakhir. Fikiran dah mula melayang ke rumah. Nak berkumpul semula bersama-sama suami, anak dan ahli keluarga lain. Tak sabar. Berpisah beberapa jam. Nak masak dan makan malam bersama. Lepas makan, berehat. Semoga rumahtangga kita diberkati dan dirahmati Nya..

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...