Misi turunkan berat badan secara santai mula menampakkan hasil. Turun 2 kg dalam masa 3 minggu. Berat sebelum misi ialah 88kg.
Berat juga mata yang memandangku, ini kan lagi si empunya badan. Saya tekad turunkan berat badan lepas baca pengalaman ibu2 yang dikurnia zuriat selepas bertahun-tahun menanti. Berat badan salah satu faktor selain tekanan dan hormon.
Tuhan, masih ada peluang untuk saya yang berumur 40 tahun ni? Tiada paksaan dan tekanan kat diri sendiri. Positif.
Dah 15 tahun menangung berat yang terlebih ni. Penyakit mula muncul bila masuk umur 40-an pada masa sekarang. Punca, pemakanan. Macam dah tiba masanya untuk saya meletihkan diri menanggung berat terlajak ni. Kebetulan, dapat kawan ofis yang punya misi yang sama. Maka, menu makan tengahari adalah berasaskan sayur dan ikan/ ayam. Sarapan, roti dan telur yang disteam. Cuma makan malam, cara masing2.
Senaman.. dah sebulan saya berhenti sementara jalan2 dengan
Mat Blues The Mongoose. Insyallah, misi berjalan laju & berbasikal akan bermula tak lama lagi. Perubahan cara makan dan latihan fizikal tak boleh berubah mendadak. Nanti tak boleh bertahan. Semoga saya berjaya capai
58kg dalam masa setahun. Insyallah....