Hari ni genap umur 40. Alhamdulilah.
Jemput balik. Ayat ni selalu datang dalam fikiran lebih lebih lagi bila jejak masuk ke fasa dewasa sepenuhnya. Bila2 masa saya dijemput balik. Semoga saya semakin bersedia.
Alhamdulilah... masa ini saya diberiNya rezeki yang baik. Cuma saya yang kadang-kadang tak sabar. Keadaan sekeliling , faktor yang selalu mengusik kesabaran. Rezeki paling ketara yang saya rasa ialah.. kehidupan yang baik.
Kebahagiaan dikelilingi ahli keluarga. Allah bagi suami yang baik. Suami yang menjiwai isterinya. Dia tahu bila isterinya dalam keadaan tertekan, penat dan ikhlas dengan keaadan. Dia tahu apa yang terbaik untuk isterinya tanpa bertanya. Ajaib kan ciptaan dan aturan hidup Nya. Ahli keluarga.. ada yang menyokong dan ada yang tak menyokong. Semua tu rempah ratus kebahagiaan. Yang tak menyokong, mereka memberi inspirasi dan jalan untuk saya baiki diri. Mungkin buat sementara, jauhkan diri sedikit dari mereka. Itu lebih baik. Nabi Muhamad s.a.w tak akan berdendam malah beri balasan yang baik2 dengan orang2 yang tak menyokong baginda. Pahala buat kita yang mencontohi cara hidup baginda.
Hidup atas aturan Nya. Sejak beberapa bulan yang lepas saya sedar yang hidup ni tak boleh paksa. Hidup atas siapa lebih up-to-date. Hidup yang membawa lalai agama. Hidup yang membawa malapetaka kepada diri sendiri. Bila difikirkan, apa hak saya nak paksa hidup yang macam ni, yang macam tu. Saya buat satu prinsip; sabar, buat baik saja dengan kehidupan, usaha dan berserah padaNya. Apa yang milik saya di dunia ni milik Tuhan. Kehidupan dunia bukan kekal.
Cukup rehat dan makan dengan baik. Penting untuk otak dan badan bekerja. Yakin dan bertindak dengan waras. Dah tiba masanya untuk kurangkan berat badan. Lebih banyak sediakan makanan di rumah. Lebih terjamin dan eratkan silaturrahim dengan ahli keluarga. Saya yang tukang masak dapat pahala... insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...