July 31, 2019

Yakin diri

Ini janji Allah..





Sedekah amalan penyucian yang kadang-kadang saya ragukan.
Benar, ganjaran sedekah tak semistinya Allah ganti dengan wang. 

Selawat dan zikir juga memberi keajaiban dalam hidup.
Saya yang lemah ini adakalanya rasa berat tapi ia memberi suatu nikmat yang luar biasa bila ia jadi kebiasaan.

July 18, 2019

18 Julai 2019

Dalam apa pun hubungan kita perlu ikhlas, jujur dan tak letak harapan yang tinggi agar suatu masa nanti kita tak terlalu kecewa.

Pulau Carey, 13 Julai 2019

July 17, 2019

Kerja paling susah

Kerja ofis yang paling susah ialah bila bos ada kat ofis sepanjang hari dan kita tak ada kerja nak buat ✌

17Julai19

Sabar menanti hari pertabalan dua minggu lagi. Misti cantikk..  



July 15, 2019

15Julai2019

Cerita rasa diri...

Lumrah sikap manusia yang berapa elok.
Bila ada kepentingan peribadi, kita elok diampu.
Bila dah mendapat, kita dibuang umpama sampah.
Pergilah di kau ke maju depan.
Takat mana saja boleh pergi pangkat dan kekayaan.
Bila dah nak masuk usia semakin menua ni, tengok dan layan je la.


Cerita lain pula...

Mat Semat kena langar pagi hari temujanji Kak Ida depan TSB. Ada hikmah sebalik kejadian. Alhamdulilah, luka Mat Semat tak parah sangat. Kena singgul sikit je. Kes settle kita2 je. Tak terfikir pon nak libatkan polis masa tu. Mengigil panik kot. Syami, orang yang terlanggar dah pon baiki kerosakkan. Sikit2 calar tu kira halal sebab dia bukan sengaja dan seorang yang bertanggungjawap. Cuma dia je la yang tercedera kaki, tangan dan motorsikal beliau. Lagi dia ada sejarah slip disc. Moga Allah dilindungi Syami.







July 8, 2019

8 Julai 2019

Pagi isnin. Kepala sengal.
Bangun jam 5, masak ikan goreng & nasi goreng.
Sebaik je sampai perkarangan ofis, tido.
8:26 pagi naik ofis. Lepas On PC, sambung tido kat tandas.
Terpinga-pinga. Tak tau nak kerjakan apa kerja. Mencari-cari.
Drawing-drawing yang penting dah submit minggu lepas.
Jadi, minggu ni kalau nak MC atau EL dah boleh lah sangat.
Bos tak risau & tak cari.
Esok UPL sebab bawak Kak Ida gi hospital.
Temujanji pakar Ortopedik.
Misti bosan giler.
Bawak bekal karipap & brownies bagus gak ni.
Insyallah, malam ni operasi kalau sempat & tak letih.
Sekian, sehingga jam 9:30 pagi.

July 5, 2019

5 Julai 2019

Mengikut perancangan, saya bakal menamatkan perkhidmatan sebagai pelukis pelan di TT Disember nanti. Dah sampai masa saya berkhidmat sepenuh masa sebagai isteri, anak dan adik. Mungkin ada kelapangan nanti saya melukis secara sambilan. Bagi wang poket sendiri, saya berniaga kecil-kecilan. Saya dah mula fikirkan beberapa perniagaan yang boleh saya buat dari rumah. Yang penting, ada modal. Nak kata saya dah bersedia, sebenarnya separuh sedia. Banyak kemungkinan akan berlaku. Kemungkinan ini aturan yang terbaik buat saya. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya.


Mak dah banyak sangat berkhidmat untuk kami. 
Mak semakin uzur, perlu kasih sayang & perlu diurus dengan baik.
Maaf sebab Mak sedikit terabai.
Insyallah, anak Mak ni akan jaga Mak hingga akhir hayat Mak.

July 4, 2019

4 Julai 2019


Iri hati. Cemburu. Dengki. 
Bagi saya sama je. Cuma saya susun ikut turutan dari ringan ke kronik.
Saya insan biasa, harus ada sifat tu. 
Jika layan, hidup sia-sia sebab buat dosa.
Setakat ni saya belum bertindak sesuatu yang boleh menjatuhkan orang lain.
Masih waras.
Harus tahu urus sifat-sifat tak baik.
Pujuk diri.
Jika tak berjaya, undur diri sedikit untuk menjaga hubungan.
Kelebihan orang lain tu adalah rezeki dia.
Allah tak bagi rezeki macam dia sebab Allah dah bagi rezeki yang paling baik untuk saya.




July 2, 2019

Azan




Sekali sekala saya perlu laungkan azan kat diri sendiri.
Dulu, laungan ini biasa biasa saja.
Pejamkan mata & hayatinya.
MasyaAllah... laungan suci.
Laungan ini mempunyai kuasa yang istimewa.
Laungan yang mengusir syaitan iblis.
Laungan yang membuatkan air mata bercucuran.
Alunan yang mengalir dalam tubuh menyegarkan minda yang letih.
Laungan yang memberi semangat yang semakin merundum.
Laungan yang mengingatkan diri kepada Maha Pencipta.

July 1, 2019

1 Jun 2019

Alhamdulilah.

Insyallah, mula minggu ni rutin harian semakin tenang.
Esok lusa, Syawal nak pergi.
Puasa sunat? Masih tak dapat.

Hujung minggu semalam, sibuk.
Ke hulu ke hilir.
Alhamdulilah, semuanya lancar.
Rombongan Alang datang beraya.
Rasanya, itulah tetamu terakhir raya tahun ni.
Seisi raya semenanjung, dapat beraya rumah Mak Uda & Ateh.
Malas nak hadap jem.
Meletihkan.
Serawa durian


Pagi semalam, cubaan pertama masak serawa durian.
Alhamdulilah. Boleh makan & diri sendiri kata sedappppp. Makan dengan kuih jala, kata Tok Siak. Maksud beliau, Roti Jala. Hahaha

Bahan-bahan: Anggaran 20 ulas durian, 1 kotak 500ml santan KARA, santan sebiji kelapa, setengah cawan gula pasir, secawan gula merah, 5 helai daun pandan dan sedikit garam.
Cara-cara: Masukkan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga pekat. Rasa manis dan pekat tertakluk pada diri sendiri.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...