Tajuk pagi semalam dan hari ni, Tanyalah Ustaz NTV9. Aku tak dapat ikut sangat topik ni sebab time ni aku sambil-sambil siapkan sarapan, kemas umah dan siap untuk kerja. Topik bagi aku kesedaran untuk jaga solat. Aku selalu leka dan lalai walaupun aku selalu lengkap 5 waktu. Di mana keikhlasan aku beribadah pada Allah. Aku selalu minta, Allah beri ikhlas. Tapi aku selalu/ tak/ kurang ikhlas dalam jalankan tanggungjawap aku sebagai hambaNya.
Peringkat solat. Antara peringkat yang tertinggi, seseorang menunaikan solat sebab suka beribadah, khusyuk dan rindunya pada Allah. Boleh ke aku atau bila agaknya aku boleh sampai tahap tu. Baru aku tahu, bacaan dalam solat dan susunatur solat adalah daripada peristiwa Nabi Muhammad S.A.W berjumpa Allah. Selama ni aku tertanya-tanya macam mana Allah boleh tentukan gerak geri solat, macam mana bacaan sembahyang ditentukan dan lain-lain. Mungkin sebab pertanyaan, musykil dan lain-lain penyebab aku selalu tak ikhlas dalam solat. Cara penyampai Dr. Danial Zainal Abidin bila sampai part ni, aku dapat rasa keikhlasan dan kesungguh ustaz beri kesedaran kat aku. Lepas ni aku akan korek lagi isi penuh ceramah ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment