October 7, 2011

cerita 79... al-fatiha untuk arwah Ayah

Jumaat datang lagi.. aku selalu teringat arwah ayah. Setiap kali teringat aku tak lupa sedekah Al-fatiha. Aku selalu nak ziarah pusara ayah setiap Jumaat petang tapi selalu tak ada kesempatan. Aku dapat rasa yang Ayah perlukan doa anak-anaknya.

"Doa anak yang soleh merupakan khazanah ibu bapa yang amat berharga. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh dan berdoa untuknya.

Dan jangan lupa tanggungjawab anak:
1 -  Menjelaskan hutang
2 -  Membayar zakat

3 -  Mengqada'kan puasa
4 -  Membayar fidyah
5 - Mendoakan ibubapa
6 -  Menghubung silaturrahim
7 -  Menziarahi kubur beliau
8 -  Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid
9 -  Membuat haji.


Doa yang afdhal untuk ibubapa: Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil" 

sumber: http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-505657.html

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...