October 12, 2011

cerita 83... jual pinggan balik

Aku dengar sinarfm pagi ni... cam biasa. Tak pasti topik apa pagi ni. Ada sorang pemanggil yang citer pasal isteri dia yang sejak kebelakangan ni kurang sayang kat dia sebab kesibukan cari rezeki. KE cadangkan supaya pemanggil ni sekali sekala bawa isteri & anak-anak makan kat luar. Dipendekkan dari perbualan mereka, kalau dah hari-hari makan kat luar, baik jual pinggan-pinggan tu balik. Hahahaha... betol-betol.. perli tu. Hmm.. aku bukanlah seorang isteri yang hari-hari masak tapi aku cuba untuk masak. Sekarang aku masak sarapan sebab masak lauk semua Mak yang tolong masak. Tima kasih Mak.
Trend sekarang, kebanyakan isteri-isteri yang bekerja tak masak kat rumah dengan alasan bekerja tambah lagi ada anak-anak. Banyak gerai & restoran, sedia duit je. Aku kurang setuju dengan alasan ni sebab..... suatu masa dulu, Mak aku kerja kilang. Hidup agak susah. Aku & Abang sekolah. Sebelum pegi keje, Mak akan bangun awal untuk masak dan basuh baju secara manual (tangan). Atau Mak akan masak dan basuh baju pas dia balik keje. Masa tu, gerai & restoran tak baper nak ada ditempat kitorang dan jimat kalau masak kat rumah. Hari-hari Mak akan masak dan misti masak sampai sekarang walaupun aku halang.
Setiap halangan dan masalah ada penyelesaian cuma para isteri sekarang dah senang lagi mau senang. Para isteri dulu boleh siapkan semuanya dengan kemudahan yang tak secanggih sekarang. Kemudahan sekarang kebanyakkannya berada dihujung jari. Kebijaksaan & tahap rajin seorang isteri dalam mengatur rutin harian. Kemudahan, selalu rajin & kebijaksaan boleh menyempatkan kita melaksanakan peranan & tanggungjawap dalam menguruskan rumahtangga.
Sekarang, para isteri dimanjakan pelbagai pilihan makanan yang siap dimasak oleh orang lain. Air tangan kasih sayang orang lain untuk keluarga kita. Hilang salah satu peranan besar kita sebagai isteri & ibu. Disini kita juga hilang satu dan mungkin juga banyak pahala. Bagi aku, masak kat rumah ni satu berkat air tangan. Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kerjasama untuk menyediakan dan sesudah makan. Cinta & sayang dalam keluarga.

Jom kaji... Perbandingkan keluarga yang selalu makan luar dengan keluarga yang makan kat rumah (masak sendiri)

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...