Subtopik masalah sinarfm:
"Suami mula curiga selepas menghadiahkan handphone kepada isteri"Gambar hiasan |
Nak komen gak... .
Dengan adanya kecanggihan alat komunikasi dan kemudahan bersosial (facebook, twitter...), kita semakin mudah berhubung dengan kekawan & menjalin persabatan yang baru. Banyak kes berlaku isteri semakin curang dengan suami sebab dah jumpa cinta baru. Cinta baru memang lebih wangi sebab baru kenal, semuanya wangi & indah. Cinta suami, dipinggirkan. Isteri lupa, kekasih baru hanya tawarkan cinta yang wanginya sementara. Allah tak akan merestui kecurangan yang dilakukan. Jadi, hubungan yang macam ni hanya sementara. Ramai isteri semakin lupa atau tak ambil tahu ajaran Islam tentang batas-batas pergaulan dengan kawan-kawan selepas diijabkabul. Aku perhati dan pengalaman sendiri, isteri-isteri semakin ghairah mengejar kecanggihan untuk berhubung dengan kawan-kawan dan semakin lalai menunaikan tanggungjawap. Aku tak nafikan, semakin canggih teknologi semakin banyak kes-kes keretakan hubungan suami isteri. Aku sentiasa mengingatkan diri aku berpada-pada bila bersosial dan memohon semoga Allah lindungi aku dari pergaulan yang boleh mengundang kecurangan.
No comments:
Post a Comment