Hari ni cam biasa... Isnin, mood pon ok2 jek. Semalam, seharian kat umah sebab Lalingku kije. Masa banyak aku abiskan ngan menjahit.
|
gambar hiasan |
Kejadian pada hari Jumaat petang lalu, aku & Laling ada salah faham. Punca, Lalingku tak izin aku ikut kursus jahit baju kurung kat Selayang bulan November ni. Sebab, dia tak nak aku 'hilang' dimata dia bila dia ada kat umah. Yang jadi salah fahamnya sebelum jawapan di atas, dia tak faham bila aku tanya '
kenapa menyusahkan awak?. Maksud soalan ialah aku nak tau kesusahan yang dia tanggung bila aku ikut kursus jahit sebab aku bagitau pergi-balik aku sendiri & tak akan susahkan dia sepanjang 3 hari kursus. Bagi aku, setiap jawapan misti ada alasannya. Lalingku buat anggapan yang aku tak nak dengar cakap & degil dengan soalan yang cam tu. Sebelum seisi mintak izin, aku tak kisah kalau dia izin atau tak sebab perjalanan idop aku kat tangan dia. Macam biasa, seisi selisih faham berakhir dengan seisi perbincangan/ pengakuan/ luahan rasa, jam 11:30pm. Settle & masing2 puas ati dengan penjelasan masing2.
Aku rasa selesa dengan idop aku. Apa-apa buat, perkara dikongsi & kena dapat izin suami. Aku tak rasa dikongkong. Sejak bersuami, pergerakan aku agak terbatas. Dari hal membeli ikan kat pasar hingga ke rumah saudara mara. Segala-galanya bersama. Aku jarang keluar seorang diri & bersendirian kecuali waktu bekerja. Jadi, aku berharap kawan2 & saudara mara yang mengenali aku, bukan tak sudi menjengok tapi status sekarang menyebabkan pergerakan agak terbatas. Aku harap mereka faham. Aku rasa senang, tenang & selamat. Aku rasa, inilah salah satu nikmat perkahwinan. Terima kasih Allah, semoga kami berdua hidup semakin & sentiasa tenang, bahagia & ceria ;)
No comments:
Post a Comment