December 5, 2011

cerita 110... lelaki jiwa pink...

Isnin kembali. Pagi ni liat nak bangun sebab tido best dari semalam. Cuaca suam-suam... sejuk, memang sengal nak bangun. Hasilnya, lewat masuk ofis, bukan berbaju kurung tapi dengan t-shirt & sluar coklat kegemaranku. Hehh. Semangat keje ok. Pagi ni KE, SY & Krill tak ada sebab diorang gi Vietnam. Bestnyerrr. Kitorang yang kat umah dah terasa bosan. Dah lama tak kemana-mana.. sekian lama abiskan masa cuti ujung minggu kat umah. Tido... makan.. tengok tv. Tadi aku dah buat request ngan lalingku.. gi jalan-jalan ujung minggu nanti. Dia setuju, sebab rasa yang sama.... kepala & badan naik sengal sebab banyak tido. Hahaha. Tapi nak gi mana ekk... tempat yang dekat-dekat. Aku rasa cam nak gi Fraser Hill jek.

*****
 Lelaki jiwa pink... salah sorang yang aku cap ialah Chef Wan. Sejak aku 'like' Chef Wan kat facebook, boleh kata tiap hari aku baca apa yang dia post. Post dia 'celupar' dan berterus terang untuk highlight satu-satu perkara, aku tau yang dia cuba untuk buka mata... sedarkan kita. Aku faham tujuan 'kelantangan' dia di facebook. Ikhlas. Aku suka dia berkongsi cerita pengalaman hidop dan cerita-cerita dia. Sangat berharga bagi 'orang baru nak idop' cam aku.


No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...