Yer, hari ni saya keje separuh hari. Masuk petang. Kenapa?.... citernyer cam ni:
Pagi tadi kitorang kesiangan sebab ayam Lalingku tak berkokok. Mungkin sebab tuannya lupa bagi makan (cas). Bila selak langsir, dah terang benderang kat luar. Langsir baru, warna coklat gelap... penambah perisa nyenyak tido sekarang ni. Heheheh.
Cam biasa, pas bangun.. saya kuar bilik untuk seisi ngemas. Suasana senyap. Pintu bilik Mak terbuka, Teh lepak kat dalam bilik. Mana Mak ni? Panggil tak jawap. Grill depan... belakang berkunci. Kebetulan capai handphone, Abang call. Dia bawak Mak gi klinik. Tak ada lengah masa, aku & Lalingku siap ke klinik. Saya amik tugas Abang teman Mak. Doktor cakap, tekanan darah Mak naik sikit. Lima hari lagi ada follow up.
Sekian.
Kesimpulannya... sakit Mak ni sakit cam selalu. Lenguh. Mak perlu perhatian kitorang sebenarnya. Sian Mak. Hari keje, pagi keje petang balik. Malam baru kitorang ada rumah, kalau tak ke mana-mana. Pas makan malam, kitorang lepak tengok tv jap. Pas tu buat hal sendiri lepak tido baring dalam bilik. Letih keje lebih kurang 10 jam. Abang, pon sama. Sebok ngan assignment dia kalau ada kat umah. Selalu, Mak tido awal. Pas maghrib. Isyak, sambung balik. Mana ada nak borak-borak sangat juga. Time semua orang keje, Mak tinggal ngan anak-anak dia (Teh, Ecot, Oted & Oled). Borak ngan anak-anak kecik dia tu. Masak. Kemas sikit-sikit... ikut larat dia. Tengok tv sorang. Tido. Cam tu la rutin siang dia. Jalan-jalan.... jarang sebab kitorang bukan kaki jalan saja-saja. Ada hal je. Bila ada yang cuti, ceria la dia sikit sebab ada geng kat umah. Sian Mak. Wa minta maaf sebab terabaikan Mak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment