Semalam, bertungkus lumus lagi kejar masa untuk sampai KL lepas ofis. Sampai lebih kurang 6:05pm. Nasib baik kedai belum tutup. Perghhh... berpeluh-peluh berjalan laju turun naik bas, LRT dari Tynton View ke bangunan GM. Mencabar sungguh petang semalam untuk stok batch 003. Oleh kerana terlupa troli, terpaksa la tangan ni menanggung bawak beban 25 helai seluar panjang aladin & palazo. Harus tahan peritnyer. Hahaha. Pagi ni, Laling dah settlekan pos Lahad Datu & Pontian.
Sekarang LRT dah pakai sistem tiket baru. Token. Tiada lagi beli kaunter. Aiyaaaa.... slalu tukar-tukar. Menyirap jap sebab saya nak cepat. Tak de pon di iklankan kat tv atau media lain pertukaran sistem. Patot juga diiklankan sebab ramai yang tak tau. Satu lagi, slalu tukar sistem tiket. Cam rapidkl. Bagi pelanggan yang jarang-jarang guna, merugikan juga dari segi masa & duit. Kejap kena kad sahaja boleh naik bas, kejap leh campur guna duit kertas/ syiling. Tambah lagi dapat driver yang cengil. Tak duit kecik, sepoloh hengget ler kena telan dalam tabung duit. Ni citer pengalaman sendiri. Harap-harap sistem yang ada sekarang terus kekal dalam beberapa tahun.
Status: Serabai. Dalam proses penyolekkan |