Sudah sembilan bulan saya dan suami juga bersama Mak menghuni rumah kabin. Walaupun separuh siap iaitu pembinaan yang asas atau kasar, kami suami isteri tetap selesa. Separuh kerja pembinaan iaitu kerja-kerja halus lagi akan dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan. Oleh itu, rumah kabin kami pelbagai mode boleh '
dipakaikan'. Hehheh..
mode baru pindah boleh.
mode rumah koboi sebab tak perlu berprotokol sangat,
mode bengkel besi..
mode rumah musim hujan sebab sebumbung ampaian luar..
mode rumah tukang jahit.. macam-macam ada. Kami suka rumah kami sebab separa 'open air'. Kami boleh tengok bulan penuh, rasa tempias hujan lebat, angin sepoi bahasa, embun malam, udara pagi yang sejuk & segar setiap hari.
Di bawah ni saya kongsikan dalaman rumah kabin kami sekitar ruang dapur dan ruang tamu dalam
mode hari bekerja, bengkel besi, tempat pengeraman telur, musim hujan dan koboi. Gambar terkini, iaitu malam tadi... segar dari ladang ;)
Secara ringkasnya, rumah kabin ni ada dua bilik kabin, dua bilik air, ruang tamu dan ruang dapur/ makan. Keluasan 30 kaki persegi. Semuanya dilakukan sendiri oleh suami saya kecuali kerja-kerja dinding dan lantai.
|
"Ruang makan" |
|
Dapur |
|
"Ruang Tamu" |
Ok, ini saja yang dapat dikongsi. Akan datang, bahagian luar pula. Tak pasti bila rumah ni siap seratus peratus. Bila ada keperluan sangan penting, baru dibuat. Heheh. En. Suami merangkap tukang rumah sendiri merangkap tukang besi merangkap penternak dan beberapa rangkap sangat padat jadual beliau setiap hari. Jadi, kami redha dengan rumah koboi ini :)
- bersambung di
Rumah Impian Saya: Rumah kabin (10)
Akhirnya..dpt jg baca kisah rumah kabin ni.. okla.. lama2 insy complete nanti. Teruskan update ye..
ReplyDeleteTerima kasih. Insyallah :)
ReplyDelete