Jika buka facebook atau media sosial lain, saya akan banyak lihat skim pelaburan wang atau kecantikan dan kesihatan yang menjanjikan pendapatan lumayan tanpa kerja bermati-matian untuk jadi kaya raya dengan cepat. Sebagai orang yang berpendapatan sederhana, saya tak lepas menjadi target mereka. Mereka ini mensasarkan orang yang berpendapatan sederhana hingga yang cukup-cukup makan. Mereka berpendapat, kumpulan-kumpulan ini hanya memandang untung besar dan cepat kaya. Bila menghadiri kursus produk, bukan kebaikan produk diutamakan tapi kursus menyusun strategi untuk jadi kaya raya. Saya berpijak dibumi yang nyata ini, saya tak mampu melanggan produk yang mahal-mahal. Sekadar sebulan dua sahaja yang mampu. Cuba mereka cari Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri atau golongan berada lain sebagai sasaran mereka. Jadi, tak perlu buang masa meraih keahlian kami yang ada-ada saja. Mungkin sebab, kami lebih ramai dari mereka yang berada.
Logiknya, saya perlu berusaha sungguh-sungguh untuk mendapatkan pendapatan lumayan. Bukan sekejap tapi memerlukan masa. Jadi, ada sesuatu yang tersembunyi... tak kena di sebalik slogan, Tak perlu kerja tapi dapat duit lumayan dalam masa seminggu.. sebulan selepas menjadi ahli berbayar . Hanya duduk tunggu duit masuk akaun. Kebanyakannya perlu laburkan modal permulaan dan perlu cari orang bawah. Konsep plan seperti ini sudah biasa saya perhatikan. Orang-orang yang berada di bawah membantu menaikkan duit tabung yang berada di atas. Orang yang berada di atas semakin lama semakin banyak pendapatan. Orang yang di bawah perlu mencari orang-orang dibawah untuk menjadi semakin kaya. Skim yang bertingket-tingket. Tak aktif cari orang bawah, maka lambat kaya atau tak kaya langsung.
Saya tolong anda cari orang bawah. Janji orang atas. Apa kata, orang atas yang dah kaya ni taja orang bawah. Bantu golongan bawah. Skim atau pelan ini bagi saya banyak menganiaya orang susah. Jadi, jika saya ada duit lebih sedikit, lebih baik dimodalkan ke perniagaan sampingan saya iaitu menjahit dan berkraf. Insyallah, sedikit demi sedikit semakin maju jika ada kesabaran dan usaha. Ingat janji Allah, Dia tak akan menganiaya umatnya yang berusaha. Saya juga perlu ingat, dunia ini hanya sementara. Target hidup di muka bumi Maha Pencipta ini ialah pelaburan bagi kehidupan yang kekal nanti. Jadi, untuk apa terlalu mengejar harta benda yang melekakan. Carilah rezeki dengan ikhlas dan diberkatiNya. Jangan paksa orang lain untuk mengkaya diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment