March 14, 2014

Terlepas..

Tahun ni kami terlupa hari yang ditunggu-tunggu. Adakah kami sibuk? Ya... kami berdua selalu sibuk sehingga terlepas hari ulangtahun pernikahan kami yang ke-4. Dua hari sebelum, saya dah ingatkan suami. Siang dengan urusan kerja masing-masing dan  malam urusan kerja sambilan kami.
Pada malam 12 Mac saya beria-ia masak istimewa, rupa-rupanya Allah telah mengatur kami raikan hari sejarah kami tanpa kami sendiri sedari. Terima kasih Allah. Terima kasih juga kerana memberi hadiah sangat besar dalam hidup untuk saya 4 tahun lalu di dalam waktu duka saya. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan hati ini dan telah mengatur dengan baik perjalanan hidup ini

Ya Rahman, terima kasih...
Alhamdulilah.. syukur di atas segala nikmatMu dan segala kebaikan yang telah diberi. Kami di uji, ditimpa musibah... kami ikhtiar, kami redha dengan segala ketentuanMu. Sesungguhnya Engkau, Pengatur hidup yang baik buat kami. Rezeki yang Engkau beri selama ini, cukup untuk kami.

Harapan kami...
Semoga perkahwinan ini diberkati.. semoga hidup kami semakin bahagia dan ceria.. semoga hidup kami dibawah lindungan Mu.. semoga hidup mati kami berada di jalan Mu.. semoga rezeki yang diberiMu cukup untuk kehidupan kami dan kami kongsikan bersama-sama orang-orang tersayang.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...