March 4, 2014

Tugas

Dalam menjalani rutin harian, saya ada lima tugas kerja utama. Tugas paling utama ialah tugas sebagai hamba Allah. Lepas tu kerja-kerja rumah, pejabat, tukang jahit dan yang terbaru, buat kerja-kerja melukis syarikat bos yang satu lagi.
Kalau semua kerja datang serentak macam sekarang, mau meroyan dibuatnya. Tu mula-mula. Sekarang dah mula biasa dan kena pandai atur kerja. Kerja rumah perlu buat dan tanggungjawap sebagai isteri dan anak. Mujur Mak tolong ampai baju, kemas sikit-sikit dan sekali sekala masak. Mujur juga saya punya suami yang bertolak ansur, membantu dan memahami. Alhamdulilah...
Apa pon, tugas sebagai hamba Allah, isteri dan anak menjadi keutamaan dan adalah segala-galanya dalam hidup saya. Jika lalai dan tanpa taubat, tiada syurga untuk saya.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...