April 21, 2014

Merisik

Petang semalam kami suami isteri menunaikan salah satu tanggungjawap sebagai abang dan kakak merisik/ meminang untuk si adik. Alhamdulilah, urusan yang mudah dan lancar. Sambutan dan penerimaan yang baik. Semoga silaturrahim yang baru terjalin dengan baik dan mendapat rahmatNya.


Permudahkan urusan pernikahan dan rendahkan ego diri. Ini sebenarnya saya nak luahkan. Saya selalu perhatikan sebahagian masyarakat sekeliling saya selalu memandang pihak yang satu lagi dengan pandangan yang negatif. Segala percakapan dan perlakuan pihak sebelah diperhati dengan teliti. Pantang tersasul, ia menjadi satu isu yang besar dan ditokok tambah. Maka jadilah satu fitnah. Hubungan antara dua keluarga akan menjadi semakin rumit bila fitnah semakin beranak pinak hingga ke hari majlis akad nikah dan jamuan makan.
Masing-masing tertekan dan menekan pasangan bakal pengantin. Kadangkala mengugat hubungan pasangan. Kenapa perlu wujud drama tekanan dan sengketa? Adakah rendah status kedudukan jika ego diri di rendahkan sedikit? Oleh itu, dalam apa juga urusan kehidupan kita tidak boleh lalai dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan garis panduan Maha Pencipta dengan melayan nafsu syaitan. Kita perlu kuat melawan segala bisikan jahat yang menghalang hubungan silaturrahim sesama muslim. Sikap negatif ini tidak membawa keuntungan sebaliknya memalukan dan mempamerkan ketidakwarasan diri sendiri. Kenal terlebih dahulu sebelum tindakan yang wajar. Bermaaf maafan, ucapan terbaik sebelum atau selepas ketelanjuran. gegitu juga dalam hidup berjiran.


Adik, semoga jodoh ini mendapat rahmat dan keredaanNya. Begitu juga perancangan yang telah dipersetujui...

April 19, 2014

Pindah 'rumah' kali kedua

Pejabat adalah rumah kedua buat saya sebab dalam sehari, lebih kurang 9 jam masa dihabiskan. Mei akan muncul tak lama lagi. Sekejap je. Bermakna saya perlu manfaatkan sisa bulan-bulan terakhir sebagai warga kerja Fusan. Lepas tu... kena jual!. Syarikat dibubarkan. Dua bos akan berpecah. Tiada persefahaman sejak 4 atau 5 tahun kebelakangan dan selepas lebih 15 tahun bergabung. Seperti dalam cerita lepas, saya telah ditempah oleh Bos 1 walaupun saya dah pasang niat untuk berhenti kerja.

Bakal tinggal kenangan

Kemarin Bos 1 minta pendapat saya lokasi ruang pejabat baru bagi syarikat barunya. Viva Home atau Serdang. Bagi saya, terpulang pada dia. Saya hanya mengikut saja. Jika saya tak mampu, saya berhenti khidmat. Bos tanya... dan dia jawap sendiri tanpa menuunggu jawapan saya. Loke Yew. Hmmm.. katanya senang untuk saya pergi-balik. Tahu pun. Hehhh.. dan nampaknya tiada alasan untuk boloskan diri dari kerja dengan dia. Selagi ada izinNya, daya kemampuan dan minat... saya akan terus memberi khidmat yang terbaik.

April 16, 2014

16 April....

Tarikh ini tak pernah lupa untuk menjengah saya setiap tahun. Ya, hari ini. Alhamdulilah, Allah masih memberi nafas dan kemudahan nikmat hidup kepada saya. Semakin bertambah usia.. mengingat saya saya untuk terus membaiki kehidupan dan mengingatkan saya tentang kualiti dan masa yang tersisa untuk bekalan di alam kekal nanti.


Sejak 4 tahun lepas, saya berkongsi dengan suami menyambut tarikh ini. Sebelum tu, kadang-kadang sambut dengan orang terdekat yang ingat tarikh ni. Selebihnya, sambut sendiri. Sebenarnya tak la sambut tapi sekadar ingat. Ingat semakin tua. Tak kisah pon, tak perlu sambut ngan kek dan hadiah bagai.

Harapan semakin bertambah usia ni...

.... semoga kehidupan akan datang bertambah baik, ceria, bahagia. Lebihkan memerhati sebelum berkata (ni lebih penting sebab selalu terlajak dulu) atau lebih baik berdiam sebagai jalan selamat daripada menyakiti orang atau menyakiti diri sendiri. Lagi.... cuba kekal hidup bersederhana dan rendah diri sebab matlamat hidup ialah kehidupan kekal nanti. Tinggi mana status dan berharta.. tetap makan sepinggan, pakai tetap sepasang baju dan kasut dalam satu masa; dan hidup tetap sia-sia tanpa amalan dan nilai yang baik dalam hubungan dengan persekitaran dan Maha Pencipta.
Kerjaya pula... semoga saya terus bersemangat menjalankan tugas yang diberi (Alhamdulilah, selama ni tak pernah rasa tak suka kerja. Minat jadi penghalang sikap tak suka kerja. Oleh itu, buat apa yang minat. Jangan paksa diri. Terus terang lebih baik). Pada kerjaya sambilan iaitu menjahit dan masak, semoga meningkat maju dan bertambah idea-idea kreatif. 




April 15, 2014

Kumbang bukan seekor


".... khabar berita pertunangan tidak perlu dihebahkan sebaliknya berita pernikahan.

.... mengikut pengalaman saya, sikap pasangan tak sama masa bercinta dengan bertunang. Waktu bercinta lebih indah dari waktu bertunang.

..... jika pasangan anda (mempunyai hobi atau sawan) baran atau memukul anda dalam tempoh bertunang, tinggalkan dia. Jangan diteruskan. Jika tidak, rumah tangga huru hara dan berlaku penceraian".

Dato' Dr. Fazilah Kamsah
14 April 2014

April 14, 2014

Rutin mingguan

Masa  berlalu pantas dalam masa seminggu. Isnin ke Isnin. Alhamdulilah... perjalanan hidup yang lancar. Rutin yang hampir sama setiap minggu. Bangun pagi > pergi kerja > kerja > balik kerja > kerja rumah > rehat/ menjahit/ membaca > tidur. Kadang-kadang bosan juga. Minggu lepas agak rehat sikit sebab projek uncang dah habis. Niat dihati nak rehat sekejap untuk siapkan baju seluar kami sekeluarga yang dah berbulan-bulan tertangguh. Baju raya juga. Tapi kalau dah rezeki nak masuk, alhamdulilah.
Lepas habis projek-projek uncang ni, macam-macam projek bisnes nak buat. Larat ke? Hehehh. Nak buat kuih popia basah... nasi kuning Sabah... pakej nasi bungkus... buat seluar batik basahan laa... uncang ready made... biskut raya. Pasaran dah ada cuma masa agak terhad. Tak boleh dok diam ke? Tak boleh sebab dah biasa cari duit tambah dan suka minat nak buat. Masa yang terluang walaupun sikit perlu dimanfaatkan dengan baik, juga cabaran hidup dalam mengatur masa. Insyallah, semoga apa yang dirancang berlaku dengan baik.

April 9, 2014

Ayah dan Saya

Dah lama saya menyimpan rasa. Tiap kali terlintas, hati rasa sedih, sakit dan kecewa pada ketidakadilan ini. Hubungan saya dan arwah ayah akrab. Kami juga kawan baik. Arwah Ayah selalu memahami saya. Ayah juga sebagai pelindung dan penyokong hidup saya. Mungkin juga sebab saya anak bongsu dan juga anak perempuan. Arwah ayah lebih manjakan anak-anak perempuan.
Kami juga rapat sebab mungkin hanya saya mampu melayan kerenah dan sikap Ayah. Keistimewaan hubungan akrab ini juga dicemburui. Tiada segan silu untuk keluar bersama. Citarasa kami juga sehaluan. Jauh disudut hati saya, keakraban ini juga disebabkan Ayah perlu teman sebab hidup Ayah agak meminggir dan sunyi. Kebanyakan orang memandang Ayah negatif di dalam banyak perkara. Pada saya, Ayah punya banyak nilai-nilai positif cuma mereka telah memandang Ayah dengan pandangan negatif dan tidak mengenali sepenuhnya Ayah. Mereka tidak bijak berhadapan dengan orang-orang 'lama'. Ya bijak. Mungkin saya bijak berhadapan dengan warga emas. Hahahaha... kadang-kadang kesabaran ini terkucil juga. Ya ampun. Kenyataannya, warga emas merupakan insan yang sangat sensitif. Mereka sunyi. Kita yang agak muda sedikit perlu rendahkan sedikit ego muda untuk bersama-sama mereka.
Keakraban kami menyebabkan orang sekeliling kami membuat andaian yang saya mewarisi kerenah dan sikap Ayah. Saya tidak mewarisi seluruh kerenah dan sikap Ayah. Saya masih punya akal fikiran yang waras untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Saya selalu dipinggirkan. Kadang-kadang rasa amat sedih dan pedih. Saya lebih banyak menebalkan muka berhadapan mereka demi silaturahim.
Saya memujuk hati dengan berkata, Allah lebih mengetahui apa yang berlaku. Biarkan mereka berkata-kata dan berhebah dari timur ke barat, selatan ke utara. Semoga suatu hari nanti, mereka mendapat hidayah dan mengetahui situasi sebenar. Saya ingin berbuat baik dengan kehidupan. Saya yakin dengan apa yang dilakukan hari ini, adalah ganjaran kehidupan pada masa depan. Saya amat bersyukur kerana dipilih untuk menjaga kedua orang tua. Kebahagiaan dan keredaan hidup ini bukan ditentukan mereka yang tidak bijak tetapi Maha Pencipta.


Buat Ayah Mohamed Ismail & Ayah Abd. Hasim,

Al-Fatiha




Ingatan sayang Mak Mak & Ayah Ayah ku selalu....


April 7, 2014

Yang baik-baik saja di sini

Lama tak buat laporan kat sini. Hee.. sibuk sikit. Macam-macam ada. Semuanya bagi pengajaran macam mana nak hidup dengan baik.
Semua orang pun tahu jika kita buat baik, insyallah kehidupan kita akan berlaku dengan baik. Termasuk juga rezeki kita. Tak perlu risau, Allah aturkan apa yang terbaik buat kita dengan syarat kita berusaha ke arah kebaikan. Kita juga terlindung dari sesuatu yang buruk dan jika setiap keburukan yang juga berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang penting yakin dengan Maha Pencipta.
Jika kita difitnah, jangan risau. Harus hadapi dengan sabar dan tak perlu bersusah payah untuk menegakkan kebenaran. Lama kelamaan, kebaikan berterusan yang dilakukan akan menutup fitnah yang dilempar. Jangan lupa juga, segala pahala amalan penabur fitnah akan pergi kepada kita yang di fitnah. Hebatkan?.. walaupun perit. Perit itu sebentar saja dan yang penting mata ganjaran kehidupan yang kekal nanti.
Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak. Kita insan ciptaan Allah tidak terlepas melakukan kesilapan. Perlakuan ibu bapa terhadap anak-anak juga kadang-kadang tersasul membuatkan anak-anak kecil hati. Walau sakit perlakuan itu, sebagai anak, kita harus memaafkan mereka sebab hidup tak akan berkat tanpa restu mereka, dengan izin Allah. Tidak sepatutnya kita memulau mereka dalam hidup. Kita belum tahu lagi kehidupan masa depan. Senang macam mana pun, kesempitan akan berlaku dalam apa cara disebabkan dendam terhadap mereka.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...