Tarikh ini tak pernah lupa untuk menjengah saya setiap tahun. Ya, hari ini. Alhamdulilah, Allah masih memberi nafas dan kemudahan nikmat hidup kepada saya. Semakin bertambah usia.. mengingat saya saya untuk terus membaiki kehidupan dan mengingatkan saya tentang kualiti dan masa yang tersisa untuk bekalan di alam kekal nanti.
Sejak 4 tahun lepas, saya berkongsi dengan suami menyambut tarikh ini. Sebelum tu, kadang-kadang sambut dengan orang terdekat yang ingat tarikh ni. Selebihnya, sambut sendiri. Sebenarnya tak la sambut tapi sekadar ingat. Ingat semakin tua. Tak kisah pon, tak perlu sambut ngan kek dan hadiah bagai.
Harapan semakin bertambah usia ni...
.... semoga kehidupan akan datang bertambah baik, ceria, bahagia. Lebihkan memerhati sebelum berkata (ni lebih penting sebab selalu terlajak dulu) atau lebih baik berdiam sebagai jalan selamat daripada menyakiti orang atau menyakiti diri sendiri. Lagi.... cuba kekal hidup bersederhana dan rendah diri sebab matlamat hidup ialah kehidupan kekal nanti. Tinggi mana status dan berharta.. tetap makan sepinggan, pakai tetap sepasang baju dan kasut dalam satu masa; dan hidup tetap sia-sia tanpa amalan dan nilai yang baik dalam hubungan dengan persekitaran dan Maha Pencipta.
Kerjaya pula... semoga saya terus bersemangat menjalankan tugas yang diberi (Alhamdulilah, selama ni tak pernah rasa tak suka kerja. Minat jadi penghalang sikap tak suka kerja. Oleh itu, buat apa yang minat. Jangan paksa diri. Terus terang lebih baik). Pada kerjaya sambilan iaitu menjahit dan masak, semoga meningkat maju dan bertambah idea-idea kreatif.
No comments:
Post a Comment