Pengalaman baru-baru ini membuatkan saya bercerita sikit tentang... niat dan buat tak baik. Kita selalu lupa dan lalai tentang ciri-ciri sebagai orang Islam. Kelalaian dan lupa ni mengakibatkan Islam dipandang serong. Contoh, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Saya selalu baca dan dengar perkataan ini. Pengalaman saya mengunjungi surau dan masjid. Kebanyakannya keadaan menyedihkan disebabkan sikap penggunanya yang penggotor, ganas dan tidak bertanggungjawap. Pintu tandas rosak, najis manusia di tempat wuduk, najis cicak di merata-rata ruang solat, permaidani berhabuk tebal, ketiadaan bekalan air, telekung kotor, sampah makanan bertaburan, bau busuk dari tangki najis dan macam-macam pengalaman saya. Jadi, saya tanya pada diri... adakah iman akan datang pada saya jika saya malas untuk bersih.
Saya juga selalu mengingatkan diri sebelum bersikap negatif kepada seseorang, adakah sikap itu sikap yang baik sebagai muslim. Kita selalu didorong bisikan jahat syaitan untuk bersikap sombong, berdendam, iri hati, cemburu, marah, umpat, buli, dan lain-lain terhadap individu sasaran. Pengalaman sendiri juga menunjukkan sikap-sikap demikian langsung tidak membawa kebaikan dan ganjaran pahala pada diri sendiri. Biar saya kalah asal tidak mempamerkan kebodohan diri, ketidakwarasan dan akhirnya memalukan.
May 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment