Selama ni saya jarang bercerita tentang kerjaya saya. Kenapa ya... hmmm mungkin risau orang lain salah anggap. Kerjaya agak jarang sikit kot. Kadang-kadang stress... nak luahkan stress kerja. Mungkin lepas ni saya boleh cerita tentang kerja yang saya buat, luahan stress (dengan harapan stress dapat dikurangkan) dan juga mungkin berkongsi ilmu. Cerita-cerita kerjaya ini hanya pendapat dan pengalaman saya sahaja sebab saya jarang-jarang berkongsi cerita kerja dengan kawan-kawan. Jadi, info dan fakta yang tak tepat itu datang dari saya sendiri dan saya akan betulkan dari masa ke semana.
Kerjaya sebagai pelukis pelan paip agak jarang sikit nak jumpa. Kalau cadang nak berpindah rumah ke daerah lain yang agak jauh dari bandar-bandar utama, perkara utama yang perlu saya fikirkan ialah bertukar tempat kerja.Cita-cita masa kecik saya ialah nak jadi arkitek. Heehhh... tapi salah pilih bidang sebab kurang pendedahan arah tuju nak jadi arkitek. Dalam keluarga tak ada yang arkitek. Jadi, pandai-pandai sendiri ler nak jadi apa. Last last terjadi pelukis pelan. Kira dapat gak lukis pelan.
Pelukis pelan paip bekalan air dan kumbahan ni di bawah naungan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Saya lukis paip sahaja, bukan lukis bangunan. Lukis bangunan di bawah arkitek. Takat lukis bangunan, sikit-sikit boleh ler. Ada masa terluang, saya tengok-tengok lukisan arkitek. Lukis ni bukan boleh suka-suka Kak Jemah yerrr... semuanya ada standard yang dah ditetapkan. Maksudnya ikut saiz, bentuk dan ciri-ciri tertentu. Juga perlu ikut arahan orang atas. Nahas kamu nanti kalau memandai mandai tukar itu ini. Ini penting, apa saja perubahan dalam lukisan, akan dilaksanakan di tapak pembinaan. Bukan satu pihak sahaja tapi banyak pihak mungkin terlibat dalam satu-satu perubahan.
Dalam satu projek pembinaan terutama projek besar yang nilainya berjuta, banyak servis-servis perkhidmatan yang terlibat. Pihak-pihak yang saya maksudkan antaranya servis-servis elektrikal, lif, pelindung kebakaran, hiasan dalaman, paip hujan, pendingin udara dan landskap. Untuk menghasilkan sebuah bangunan yang baik, kerjasama dan tanggungjawap semua pihak sangat penting. Kalau pelan lukisan salah, yang kena jawap ialah orang atas saya iaitu samada kerani tapak, penyelia tapak atau bos. Kat pejabat, bersedialah untuk di marah atau maki hamun sebab mereka terlebih dahulu kena. Hehh... ngeri dan seram. Perkara biasa dalam dunia pembinaan. Apa pon, senyum je la macam Kak Tong buat selalu sebab dah lali dan bos dah paham sangat.
Dah 12 tahun saya dalam bidang ni. Bukan senang. Kerja sampai malam, tak balik rumah (pakej 2 hari 1 malam), kerja pada hari cuti dan diri jadi tak tentu arah. Semuanya sebab kerja date line submission. Bagaimanapun saya puas hati sebab ini adalah minat saya. Autocad adalah senjata utama pelukis pelan. Software untuk melukis. Dah siap, print kan aje. Boleh ubahsuai lukisan dengan cepat. Nak lukis tangan (manual) guna pen, pensel dan pemadan agak kurang sesuai masa sekarang sebab masa dan kekemasan lukisan. Saya tak ada sijil sah autocad. Saya belajar autocad selama 2 minggu dengan kawan-kawan. Belajar sambil kerja. Haaaa... Kak Tong bolehh apa.. asal ada minat. Lebih kurang 2 minggu ni hanya untuk ilmu asas-asas command autocad. Lepas tu baru belajar sikit-sikit trick autocad melalui Help autocad, tengok kawan-kawan buat kerja dan tanya kawan. Ini semua atas inisiatif sendiri untuk pandai, pantas dan cekap buat kerja.
Pengalaman kerja dari dulu ialah sentiasa banyak kerja. Alhamdulilah, rezeki bos... rezeki saya juga. Jarang-jarang ada hari yang terluang. Sedikit perubahan dalam satu bahagian lukisan biasanya melibatkan bahagian lukisan lain. Jadi, tanggungjawap pelukis pelan untuk peka dengan perubahan dalam suatu lukisan. Dari segi gaji, Allah telah tentukan perjalanan hidup saya dengan adil. Alhamdulilah. Bermula pada Mac 2002 dengan gaji rm700 sebulan tak termasuk potongan SOCSO dan KWSP. Apapon bekerja dengan sabar, ikhlas serta hidup dengan sederhana dan ikut kemampuan.
Sekian, celoteh kerjaya kali ini. Insyallah bersambung lagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment