June 26, 2014

Kerja-ya 3: Skop kerja

Setiap pekerjaan ada skopnya. Dengan kata lain, bidang tugas. Terlebih rajin buat kerja lain, bagi saya baik sebab tu semua ilmu dan pengalaman. Kita jadi serba boleh sebab ada pelbagai kemahiran secara tak langsung. Selalu bantu kerja orang lain secara umumnya nampak macam rugi tapi banyak untung. Selain tambah kemahiran, kita dapat pahala meringankan beban kawan. Jadi rugi kalau tak tolong.
Bidang tugas sebagai pelukis pelan paip bekalan air dan paip kumbahan. Kalau omputih cakapnya, cold water and sanitary services. Ada dua bidang, samada perkhidmatan di dalam bangunan (internal piping) atau luar bangunan (external piping). Kadang-kadang subkontraktor dapat dua-dua dan kadang-kadang salah satu.
Kebiasaanya saiz paip dalam bangunan 150mm diameter ke bawah manakala luar bangunan melibatkan 100mm diameter ke atas. Kedua-dua menggunakan pelbagai jenis paip mengikut profile bahan yang melalui paip, rintangan luaran paip (dalam dinding, di bawah jalan atau tanah dan sebagainya), kos dan lain-lain. Kalau dalam bangunan, kadang-kadang ada tambahan satu lagi paip iaitu bekalan air panas. Umumnya nampak macam senang lukis paip lurus dan kalau bengkok pon takat 30, 45, 60 atau 90 darjah. Bukan lukisan pandangan atas sahaja yang diperlukan tapi lazimnya perlu juga pandangan sisi, lukisan perincian dan skematik. Semuanya penting untuk mendapatkan gambaran keseluruhan perjalanan setiap paip.
Arahan ubah Jurutera Perunding
Koordinasi antara paip bekalan air dan kumbahan juga perlu dibuat untuk elak pelanggaran paip-paip. Jadi sebagai pelukis pelan paip, saya perlu selalu dan berangan dan pandai mengatur paip-paip supaya tak langgar situ sana sini. Untuk jadi pakar berangan, saya peka kena dengan sekeliling benda-benda yang ada kaitan dengan paip kemana saja berada terutama kawasan tandas dan bawah lantai bangunan bertingkat kerana situ terletaknya pelbagai paip. Selain tu rajin-rajin mengoogle... gunakan kemudahan teknologi terkini. Jadi pelukis ni juga kena tolong bos jimatkan kos paip. Contohnya laluan paip yang tak terlalu panjang dan penggunaan aksesori paip seperti tee dan bend.
Jika tak boleh selesai atau ada sebarang kekurangan bahan kerja dari pihak luar, saya perlu majukan kepada penyelia/ bos. Info dari saya juga penting. Setiap lukisan yang siap, perlu disemak oleh diri sendiri dan diserah kepada orang atas selepas berpuas hati. Hamba Allah pasti ada kesilapan yang terlepas pandang. Koordinasi dengan struktur bangunan dan servis-servis lain yang ada dalam suatu bangunan juga perlu dibuat. Peringkat ini, muafakat pelbagai pihak yang terlibat. Setiap persetujuan dan penyelesaian akan dihebahkan. Pihak berkenaan akan mengeluarkan lukisan perubahan bagi tindakan pihak-pihak lain yang terlibat. Itu pun selepas mendapat pengesahan samada daripada pihak pemaju, arkitek atau jurutera perunding.
Interaksi saya-penyelia tapak
Setiap kerja perlu ada prosedur yang perlu diikut. Maksud saya, tak boleh suka-suka cakap kat semua pihak atau tuan tanah secara terus. Perlu guna email rasmi projek atau syarikat; atau surat (versi zaman dulu). Contoh, subkontraktor perlu melalui kontraktor utama. Prosedurnya lebih kurang macam kat bawah ni....

Pelukis >> Penyelia/ Bos >> Kontraktor Utama >> Jurutera Perunding Mekanikal & Elektrikal >> Arkitek >> Pemaju >> Pemilik

Cerita arah tuju lukisan saya buat pula. Mula-mula bos cuba nasib tender yang di keluarkan. Kira-kira bajet bos kira ikut lukisan tender. Masa ni saya tak tahu atau buat-buat tak tau. Bila dapat, bos akan bagitau ada projek baru. Kerja bos/ penyelia dapatkan softcopy  lukisan paip format autocad dari kontraktor utama/ jurutera serta beberapa info. Set softcopy ini ialah lukisan pembinaan (construction drawing). Bila dapat, saya akan tukar dan kemaskan lukisan tanpa ubah mana-mana paip mengikut format syarikat. Dah siap, syarikat submit lukisan projek sebagai shop drawing. Maka penyelia (arah pekerja tapak) buat kerja mengikut lukisan ini. Semasa pembinaan, wajib ada perubahan laluan dan aksesori paip. Jadi bila kerja-kerja pemasangan paip siap (dan bangunan siap), penyelia akan maklumkan kepada saya perubahan tersebut untuk saya ubah di lukisan. Info muktamad dan as built drawing dikeluarkan. Nampak ringkas tapi..... panjang ceritanya. Hehh...








No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...