July 8, 2014

Sambutan Ramadhan dan persiapan Syawal saya

Pagi ni seperti biasa,  saya lewat 6 minit sampai ofis. Kenapa lewat? Bangun lewat. Kenapa bangun lewat? Semalam tido jam 2 pagi. Buat apa? Hehehh…. En. Suami telah mengangkut saya merayap kat Uptown Kota Damansara. Buat apa? Membelanjakan sedikit duit. Tiada kesesakan kenderaan dan orang. Jadi, selesa berbelanja sebab bukan hujung minggu. Juga hujan lebat.
Uptown Kota Damansara. Sumber gambar: jolusiamazing.blogspot.com
Konsep Ramadhan dan Syawal tahun ni ialah tingkatkan amalan, guna tenaga, masa dan perbelanjaan untuk perkara yang lebih bermanfaat di bulan-bulan terpilih ini. Menu juadah berbuka puasa seperti hari-hari lain. Asal kenyang dan tak membazir. Kuih – muih sekali sekala. Kami dah mula buat persiapan untuk balik kampung lebih kurang 18 hari lagi untuk menyambut hari-hari terakhir Ramadhan dan ziarah saudara mara di awal Syawal.  Pakaian baru untuk 1 Syawal dan program ziarah saudara mara sedang berlangsung. Jahit sendiri baju-baju kurung untuk Mak dan jubah-jubah untuk diri sendiri. Untuk rumah, tiada cadangan untuk berhias. Cukup setakat bersih dan kemas. Perancangan juadah secara sederhana untuk tetamu…  biskut dua jenis, kerepek, kacang, kek dan buah. Biskut juga saya cuba buat sendiri. Sempat ke.. projek jahit lagi? Harap-harap sempat. Insyallah..

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...