August 4, 2014

Kecewa

Kami selamat sampai dari kanpung petang semalam jam 1 selepas kelewatan jadual berlepas selama 25 minit disebabkan faktor cuaca. Saya pengsan sepanjang perjalanan. Kurang tidur sebab gerak dari kampung jam 2 pagi untuk sampai ke airport Sandakan.

Molek kami dulu..

Sampai rumah hampir ke jam 3, seperti yang dijangka keadaan mengecewakan. Amanah tidak dijaga dengan baik. Saya bertungkus lumus membersihkan dan mengatur semula benda-benda rumah yang hingga hampir waktu Maghrib.
Saya diduga dengan rasa kecewa dengan keadaan rumah yang ditinggalkan, ada orang lebih hebat terima dugaan. Petang semalam lebih kurang jam 6 petang, rumah sahabat keluarga kami, Abang Riduan musnah terbakar di Kinarut. Mungkin Allah hilangkan sesuatu untuk menggantikan dengan yang lebih baik. Semoga Abang Riduan sekeluarga tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Abang Riduan sekeluarga amat baik dengan kami. Semoga kebaikan mereka dibalas baik olehNya.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...