Orang dah lama khatam tengok citer ni, saya baru nak terhegeh-hegeh. Malaslah layan citer bersiri ni. Lagi, tak minat layan novel melayu. Hehheh... bukan apa, jalan lebih kurang sama. Ikut musim... musim cerita hantu kelakar, cerita berdasarkan novel... pas tu tak lari adegan busuk hati, guna setan, orang kaya, jus oren. Cuba buat cerita yang agak profesional. Harap tuan punya cerita tak marah dengan kenyataan membina ni. Dalam pada tak minat, teringin juga nak amik tau ;)
Saya ambil masa 3 hari untuk habiskan episod 1 hingga 26. Dari Jumaat hingga Ahad lepas. Tinggal semua mesin jahit dan candy crush. Komen: Ok gak cerita ni.. situasi suami isteri bekerjasama menghadapi cabaran dan masalah rumahtangga. Bolehlah beli novel ni nanti. Bagi watak yang kurang sesuai ialah watak dan kisah cinta pertama Ilham. Kalau tak ada pun tak apa, dah cantik cerita ni.
Sekian.
Pengulas: Cik Pandai_Memandai
No comments:
Post a Comment