Alhamdulilah... Jumaat kembali lagi. Saya masih berpeluang berjumpa Jumaat. Semalam... hari yang lebih tenang. Mulanya, agak serabut dari pagi hingga petang dengan kerenah kerja yang tak siap-siap. Lagi.. kerenah hal yang buat saya agak berkerut dahi.. dilema.. serba salah. Pokok pangkalnya saya dah langsaikan hal jadi dilema selama beberapa minggu ni.
Cinta sayang orang ketiga... jangan sampai kita jadi rabun pada tatacara tertib dalam agama. Jauhkan diri dari cinta terlarang. Godaan syaitan. Kadang-kadang mata saya pernah suka lihat seseorang dari jauh. Godaan syaitan menghidangkan keindahan luaran pada orang ketiga. Belum tentu dia lebih baik dari Tok Siak. Hanya kenal luaran. Jadi, pangkah terus. Pokok pangkalnya diri sendiri. Sedarkan diri. Elak diri dari mengundang dosa.
Selesai hal dilema... mula pula episod ketenangan. Saya mula menghadirkan diri ke majlis tahlil di surau. Juga menghadiri majlis ilmu. Impian dan azam pada umur yang baru ni. Bergandingan Tok Siak menuju ke surau. Bahagia. Bertemu pakcik-makcik, abang-kakak dan adik-adik... bersama-sama meraikan majlis. Terapi diri. Berhenti sebentar dari urusan dunia. Tenang. Semoga usaha ini berterusan.
May 8, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment