January 27, 2017

Cuti CNY

Sepeninggalan Tok Siak tengok bola kat stadium, ni ler peluang untuk berkarya. Cewahhh. Bukan apa, ada je gangguan tumpuan. Baru nak tekan keyboard je dia potong. Nak kopi, nak makan, amik handphone, halau kucing keluar & macam2 kerenah. 
Hari ni dah mula cuti panjang. Jumaat hingga Rabu depan. Semoga cuti kali ni saya dapat manfaatkan dengan baik. Perancangannya ialah menjahit, berkraf.. kemas rumah. Aktiviti hari ni ialah survey kain, beli pola, beli bekas kaca & kotak, servis kereta dan beli barang dapur.

Servis kereta.. Servis Mat Smart. Dah terlebih 2000km. Hmm.. tunggu bajet. Servis 20000km ni kasi pancong rm320. Maka, tunggu ler bajet ada. Nasikb musim CNY, kalau tak pancong rm371. Dah boleh buat bayar loan sebulan. Tido malam ni tangan Mak kat dahi. Hahaha. Cerita haru sikit, Mat Smart jadi banglo penempatan Cik Ti. Whattttttttt!!!. 
Misi menjahit... banyak sebenarnya tunggakkan kain-kain. Beli je, jahitnya belum. Tu yang Tok Siak bisingkan. Pola reka sendiri tak boleh pakai. Tak jadi. Membazir kain. Alhamdulilah, Tuhan beri idea kat saya untuk beli pola. Jadi, tadi pagi dah gerak ke Spotlight Mutiara Damansara. Pendapat saya, pola import lebih murah dari tempatan. Kebanyakan pola tempatan satu harga untuk satu saiz. Kalau import, saya boleh jimat sebab satu harga untuk beberapa saiz. Ok, ni pengalaman baru guna pola import. Harap2 pandai guna. Heheh


Misi berkraf.. niat tu nak mulakan projek beg bekal tapi kena tangguh jap sampai kedai yang jual kain felt tu tutup beberapa hari sempena raya. Surevy fabrik dah pon mula. Kain2 kat Spotlight berkualiti. Kalau dah berkualiti, harga pun boleh tahan. Tapi kadang2 harganya tak berbaloi. Kesimpulannya, buat sementara ni, saya tak layak beli kain di Spotlight. Ikea pula, mampu sikit. Hehehh. Esok2 survvey harga Nagoya & Kamdar. 
Misi kemas rumah... yang ni pening sikit tang mana nak mula. Banyak dah barang yang perlu dibuang. Satu lagi pakaian. Dah tiba masa untuk disedekahkan. Kalau disimpan, makan ruang dan sampai bila nak simpan. Memang tak nak guna.. pakai. Dah tak nak serabut2. Penat tengok banyak barang. 

Saya hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...