Budak dah besar.. 7 tahun. Dah tahu cakap..urus diri.. bermain.. berkawan dan dah mula pandai berfikir. Kiranya Allah dah bagi kemudahan kat saya, ibu bekerja.
Fizi, seorang budak yang tidak dijaga dengan baik. Kasih sayang dengan mak ayah kandung, saya tak pasti. Ayah, meninggalkan masa dia kecil. Mak dia sibuk mencari & berniaga buah. Lebih kurang umur 3 tahun, Fizi dijaga Sapet. Makan pakai tak seperti orang lain. Apa yang buat saya tertarik kat mereka ni ialah mereke seperti dididik dengan baik. Boleh bawak majlis. Tak meminta.. tak nakal, tak macam-macam, pandai bawa diri dan tak menyusahkan orang lain. Hidup dengan apa yang ada. Makan ala kadar. Pakai.. kebanyakannya comot, baju terpakai, pakai-gantung-pakai. Sapet tak perlu perhatian lebih berbanding Fizi sebab Sapet dah 17 tahun. Perlu dibetulkan bila perlu. Fizi... perlu kasih sayang. Agak manja sebab dia bongsu. Dalam hati ada taman. Fizi banyak mendengar kata.. degil budak tu perkara biasa. Dia tahu, jika degil dan nakal nasibnya akan ditentukan Tok Siak! Abi yang garang. Hahahaha
Apa yang saya buat dengan mereka sekarang...
Saya berada dalam fasa mengenal. Sekarang dah nak hampir sebulan tinggal dengan kami. Saya ikut rentak mereka. Tiada paksaan dan desakan. Bagi mereka pilihan. Saya tak usik banyak rutin harian mereka sebab tak nak ada kejutan budaya. Matlamat saya ialah pembelajaran Fizi dan mahu kehidupan mereka berdua semakin terurus. Saya juga mahu mereka kenal saya sebab kami jumpa sebelah malam pada hari2 keje dan hari penuh pada Sabtu dan Ahad.
Harapan saya ialah suatu masa mereka berjaya dunia akhirat. Jadi insan yang baik... punya sifat-sifat yang mak pak mentua suka. Heheh. Ya, tugas yang berat untuk saya. Fizi dan Sapet juga tak perlu dapat A banyak-banyak dalam peperiksaan. Sia-sia bila belajar & keje sampai ke langit tapi tak seiring dengan kewarasan, sifat dan santun.
Usaha saya ni sia-sia ke.. Macam mana kalau Mak mereka ambil mereka suatu hari nanti?
Ada yang persoalkan tentang ini. Saya tak akan putuskan hubungan Mak-Anak. Bebas melawat. Saya cuma minta izin beri peluang didik dan besarkan anak-anak Kak Idal dengan lebih baik dan terurus. Secara tak langsung, beri peluang juga saya rasa ada anak-anak. Bila tiba masanya, saya lepaskan dan izinkan mereka kembali bersama Mak-Anak. Ganjaran rezeki dan pahala tu rahsia Allah. Apa yang boleh saya tegas pada diri ialah ingat matlamat dan buat dengan ikhlas.. Insyallah