Alhamdulilah, segala urusan pendaftaran sekolah dengan Jabatan Pendidikan Selangor dan sekolah rendah untuk Fizi berjalan lancar dan selesai. Tunggu buka sekolah je. Fizi ketinggalan Tahun 1. Jabatan pendidikan tetapkan Fizi terus masuk Tahun 2. Tak apa, Fizi ketinggalan sikit dan kami perlu usaha dan bantu Fizi seiring dengan kawan-kawan dia nanti. Menulis, membaca & mengira. Buku-buku dah siap beli. Uniform sekolah pon dah siap beli, semalam. Hehehh.. sama-sama teruja nak pi sekolah. Allah bagi saya pengalaman siapkan anak masuk sekolah. Anak segera. Sejarah tujuh tahun lepas, Fizi lahir lepas 17 hari saya & Tok Siak nikah. Oh ya.. saya punya anak segera sorang lagi, Sapek; abang kandung Fizi. Tengah tunggu keputusan SPM. Semoga Fizi & Sapek jadi anak yang baik dan berjaya dunia & akhirat.
Semoga Allah bagi kegembiraan dan keceriaan untuk kami sekeluarga..
Semoga Allah berkati & rahmati kami sekeluarga..
Semoga Allah permudahkan & tak putuskan rezeki kami..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment