Semalam hari pertama Fizi ke sekolah. Dapat kelas 2 Progresif. Kelas corot. Mengikut Fizi, semua kawan-kawan kelas tak ada yang pandai membaca. Dasar datang sekolah sebab nak berkawan & bermain. Sungguh bermotif.
Disebabkan motif tersebut, pagi tadi saya mula bertegas... "Mula hari ni, Fizi tak boleh main sampai pandai!!" Nasib ko la nakk. Sepeninggalan aku kat ofis, akan kutinggalkan kerjarumah banyak2 sampai tak ada masa dia nak bersantai kat luar rumah sebelum & selepas sekolah. "Tak siap homework, rotan tapak tangan!!". Ugutan paling besar, "Tahun ni je sekolah kalau tak pandai-pandai. Dok ler tengok orang lain gi sekolah". Kembali ke rutin dia tahun lepas. Hahahahahahahaha.
Seronok gak marah dan sakat budak-budak. Dia bagi kita jadi bos.
Apa pon, alhamdulilah. Fizi tak ler nakal dan degil sangat cuma dia perlu kasih sayang dan pembimbing hidup. Semoga Fizi jadi anak yang baik & berguna.
*****
Tu citer semalam yang tak sempat dipost. Sibuk sikit sebab semalam keje separuh hari. Anak punya pasal. Risau dia tak ada makan sebelum ke sekolah dan keadaan rumah yang agak berterabur. Maka saya tebalkan muka mintak bos separuh hari. Hari ni mula semula rutin bangun kul 5 pagi. Siap itu... ini. Mujur ada Kak Aca. Dia tolong siapkan makan minum.. keje2 rumah yang lain. Saya balik tinggal makan, kemaskan baju-baju seisi rumah, kemas sikit2 kat umah Mak dan pantau pembelajaran Fizi. Alhamdulilah. Allah hantar Kak Aca tolong saya buat sementara ni....
No comments:
Post a Comment