April 26, 2018

Suram

Minggu ni jadual agak penuh. Job uncang gold filigree wajib siap sebelum ahad malam. Status setakat ni.. kekurangan 105 pcs uncang yang belum berjahit dan gold filigree belom ditampal. Alhamdulilah. Semoga semuanya mengikut plan dan berjaya.
Ganti puasa.. ada lagi 6 hari perlu diganti. 1 Ramadhan kemungkinan jatuh pada 17hb Mei. Insyallah sempat. Apa persediaan sambut Ramadhan kali ni? Hmmm... cam tahun lepas. Biasa2 je cuma tahun ni ada Kak Aca sekeluarga.
Apa yang rasa saya kat mereka sekarang? Banyak rasa tak selesa tapi saya mampu kawal emosi sendiri. Apa yang saya harapkan tak menjadi. Jauh menyimpang dari keceriaan dan kebahagiaan yang saya impikan. Semakin mengurang rasa gembira bila kakak datang semula dalam hidup. Banyak berselindung. Banyak konflik luar dan dalam diri saya. Saya tak pasti siapa saya pada dia.. apa yang dia perlu dari saya. Apa yang perlu saya buat? Buat masa ni saya ambil masa jarakkan diri untuk tenangkan keadaan.

Bangunlah kak. Buat sesuatu untuk teruskan hidup dan masa depan keluarga. Tak ada jalan pintas untuk hidup senang. Berusaha dan mula dekatkan diri dengan Pencipta kita. Insyallah, hidup semakin baik.


Saya perlu waras berhadapan situasi sekarang. Kadang kadang bergetas menahan rasa .. sabar. Semoga saya diberikanNya ketabahan dan kesabaran berhadapan situasi sekarang. Saya redha dengan aturan Nya. Saya mohon padaNya agar situasi ni cepat berakhir. Berakhir dengan baik.

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...