Kembali.
Dua jam pertama waktu bekerja... gila punya mengantuk. Macam biasa. Layan mengantuk dalam tandas. Macam biasa juga. Hehheh.
Hari ni tak puasa ganti. Selang seli. Tak boleh paksa diri, nanti tak nak buat. Ada lagi 7 dari 14 hari nak ganti sebelum ramadan datang. Tahun lepas agak lama cuti puasa sebab badan tak cukup air. Sakitnya haiii la... jadi serik. Alhamdulilah, sihat hingga kini.
Kemarin dan semalam sibuk cari kain untuk tempahan uncang. Alhamdulilah. Jumpa juga kat Nagoya Textile Sdn. Bhd dengan harga, design dan kualiti yang memenuhi citarasa berbanding Kamdar dan Jakel. Gold filigree dah tempah kat kedai. Jadi, mula hari ni waktu santai kat rumah akan terisi dengan aktiviti menguncang. Semoga Allah izinkan saya menguncang 470pcs sebelum 27hb ni.
Alhamdulilah, rutin harian teratur. Motto.. lakukan ikut kemampuan diri. Reda jika tak mampu atau tak berkesempatan. Setiap masalah ada beberapa pilihan penyelesaian. Jadi, tak perlu paksa diri..
Hidup takkan stress asal tak jauhi Tuhan ✌
April 11, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...
No comments:
Post a Comment