July 3, 2018

Lepaskan

Bertahun saya dan Tok Siak bina kehidupan di tanah arwah ayah. Zero to Hero. Susah payah  Tok Siak dari tiada kerja hingga kerja bertimpa-timpa. Tok Siak datang dengan modal kereta kecil, kemahiran kerja-kerja besi dan kerja-kerja am. Kini kereta kecil dah beranakkan 2 buah van dan 2 buah kereta. Dari orang tak kenal hingga sekampung kenal Jali Kambing.. Jali Sabah atau Si Kiram. Mana boleh seorang isteri tak bersyukur bila mana orang-orang kampung kenal suami dengan sifat-sifat kebaikan suami dia. Dulu memandang rendah sebab kami berumahkan kabin - orang sempit hidup. Kami dah buktikan, berumah kabin tak menyusahkan orang lain malah orang senang datang ke rumah kami. Allah dah bagitau, Siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih. Siapa yang buat baik, baiklah kehidupan dia.

Hingga kehidupan kami diuji.

Niat ingin membantu sekeluarga yang berada dalam kesempitan.
Saya kecewa.. benar-benar kecewa dan hilang kepercayaan.
Hak milik kami dinafikan.
Teraniaya.
Mereka begitu bersebab... KESEMPITAN HIDUP yang dicipta sendiri.

Kami lepaskan apa  yang dimiliki di tanah arwah ayah sebab Allah dah pesan, jangan tamak. Serahkan saja apa yang mereka mahu, takkan boleh mereka pergi ke langit biru, bulan dan bintang dalam satu malam.

Separuh semangat kami dah kembali ke daerah LD.
LD... nantikan kedatangan kami.

Semoga hidup kami tenang dan dipermudahkan oleh Nya.




No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...